Sunday, December 29, 2013

Kerja Kosong : Assistant Customer service


Jawatan Kosong Assistant Customer Service dihotel Citrus Kuala Lumpur

Kepada anda yang berkelayakan:
Berpengalaman / tiada pengalaman digalak memohon
Gaji Permulaan menarik - RM1100 ( 3 bulan pertama )
setelah disahkan jawatan gaji RM1300.

Kemasukan segera!

2014

Berminat hubungi : Miss Zila
012 7047404

dari dapur kecilku


Tajuk : Spice Mixtures @ Rempah Ratus Campuran

Assalammualaikum wbt,

Semoga hari ni memberi satu dalam sejuta perasaan segar ,
ceria walau ada antara kite diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
harap bersabar ye..tak kire lah masalah tu besar atau kecil..

InsyaAllah kite hadapi aje ..usaha kearah kebaikan lebih baik daripada tak melakukan sebarang tindakan yang baik,
sedihnye apabila sebilangannye daripada kite ni suke nak merungut komplain dan sentiasa rase tidak puas hati dengan kehidupan dan kemudahan yang Allah beri percuma kepada kite selama ni...
Nauzubillah hi minzalik! Jauhkan lah sifat-siaft tak elok ni daripada diri kite… bie cakap untuk diri sendiri juge..juge untuk semua.Jangan ambil hati!Bie ni manusia biase penuh kekurangan..cube perbaiki diri juge.

Berbalik kepada tajuk utama yang akan bie huraikan “ SPICE MIXTURES” ATAU Rempah Ratus Campuran ,Ia akan mengambil mase beberapa hari untuk bie kongsikan kepada anda semua, tidak kirelah info ini untuk pelajar sama ada pelajar IPTA, IPTS, Kolej- kolej Komuniti , Akademi Masakan , Surirumah , pengkritik makanan, blogger- blogger, pengusaha makanan , tukang masak professional, chef-chef dan tak kire la siape sahaje.

Apabila kite sebut aje rempah ratus, pasti terbayang sacara automatic kat minda-
Rupe rempah kari, rempah kurma , serbuk cili , serbuk kunyit , serbut jintan manis, jintan putih , lada hitam , halba , ketumbar , biji sawi dan banyak lagi.

Jelas menunjukkan anda memang peka dan tahu serba sedikit rempah ratus walau mungkin anda tak berapa mahir menggunakan bahan-bahan ni dalam masakan.Tak mengapa bie nak beri kredit untuk anda semua kerana sedikit sebanyak tahu apa itu rempah ratus.

Spice Mixtures atau rempah ratus campuran

Ialah Penggunaan gabungan pelbagai jenis Bahan-bahan rempah kering atau dalam keadaan segar dalam menghasilkan sesuatu masakan yang berasaskan rempah ratus sehinggalah untuk menghasilkan minuman. Seperti membuat asas Rempah Kari untuk memasak lauk kari,Bahn Rempah ratus untuk BBQ ,Benggali 5 spice, Flavouered aromatic oils , cuka , Spice drinks , kek dan pastry ( sweet spice mixtures ), African spice mixtures , Sambal, Spice paste, Masala dan banyak lagi.

InsyaAllah akan Bie kongsikan yea..

Curry Powders @ serbuk kari
Perkataan kari ni asalnya daripada perkataan Tamil – Karhi, bila dah lame disebut bunyinye jadi kari.kire begitu lah asal sebutan kari.Penggunaan rempah ratus yang kaya seperti sebuk kari ni amat meluas.Sejarah asal usul kari ni menjadi popular sampai keseluruh dunia adalah ketika zaman para pedagang dan askar @tentera dari India telah membawa dan memperkenalkan penggunaan rempah ratus ni dalam masakan kepada masyarakat ketika itu.


Rempah Kari ini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, penggunaan yang meluas menjadikan rempah ratus ni komersial secara langsung dari segi penggunaan dan rasa menjadi lebih menarik dan ada yang masih mengekalkan rasa asli Autentik!cewah sejak dua menjak ni suke guna perkataan autentik..terpengaruh dengan iklan kat tv la tu…

Rempah Kari dihasilkan dengan pelbagai penggunaan rempah ratus berbeza , kombinasi dan penggunaan rasa mengikut bangsa yang berlainan. Apabila rempah kari ni dibawa merentas pelbagai benua ..
citarasa juga diubah mengikut kesesuaian.jadi rempah kari yang kebanyakan ada dipasaran kite, kat pasaraya dan kedai runcit tu kebayakkannya dah tiada rasa asal atau keaslian tradisi rasa kari dari india utara mahupun selatan,rase autentiknye kureng la kat sini, tapi kite masih boleh dapat merasa kari asli, yang terdapat direstaurant asli india yang menyediakan cara masakan dan penggunaan rempah kari asli ni.Jangan risau Bie akan kongsikan resepi membuat rempah kari yang autentik! Autentik lagi…

Cara memasak rempah kari juga berbeza, contoh bagi orang madras , mysore dan goa ( India ) mereka akan menggunakan rempaah kari tetapi ia amat pedas, gabungan rempah ratus yang lebih hangat berbanding aromanya.die orang ni suke masak vindaloo…yang pedas-pedas hangat tu la pilihan mereka! Apa pun penggunaan pelbagai rempah ratus dalam masakan baik untuk kesihatan dan perkembangan tubuh badan kite ni.


Keseimbangan bahan dalam membuat rempah kari ni penting.Asas Resepi ini dengan variasi yang mampu memenuhi citarasa anda dalam pelbagai jenis masakan kari.Tak kire lah kari daging , ayam , kambing.Untuk kari ikan @ seafood nanti bie akan kongsikan,InsyaAllah next coming update kat blog ni.

DIY- Resepi Asli Rempah Kari Daging

( 32 sudu besar kari terhasil )

Bahan :

14- 16 batang Cili kering / lada kering
16 sudu besar Biji Ketumbar
8 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Halba
4 sudu kecil Biji sawi
4 sudu kecil Lada hitam
2 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Halia


Cara membuat :

1.Pertama sekali , cili kering / lada kering perlu digunting untuk dibuang bijinya.

2.Teknik sangai atau goreng tanpa minyak digunakan- gunakan frying pan atau kuali, panaskan api sederhana , sangai ciili kering , ketumbar , jintan manis , halba , biji sawi dan lada hitam.

3.Panaskan sehingga bahan-bahan rempah mengeluarkan aroma. Goyangkan pan konsisten supaya rempah dapat dipanggang sekata.- sambil menyanyi…”mari kita bergoyang…”-cat farish

4.Apabila rempah siap dipanggang, kemudian sejukkan pada suhu bilik , kemudian rempah tadi digiling atau diblender kering sehingga menjadi serbuk. Kalau nak buat bussines kecil kecilan perlu guna mortar atau coffe grinder.Kemudian masukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Siap… untuk digunakan sebagai rempah kari daging!

Senangkan…ape cebik-cebik bibir tu..ketap-ketap bibir pulak…dah tau senanglah, mase tak tau tu..beli aje lah rempah kari paket kat pasaran tu.Ape pun terpulang pada anda untuk menggunakan atau mempraktikkan resepi chef obie ni.Semoga sedikit perkongsian ilmu ni dapat membantu sesame kite secara langsung atau pun tidak.

Mohon maaf sekirenye ade kata-kata atau penyampaian obie ni menyinggung perasaan atau keadaan sesiape diluar sana, jika ada yang ingin menambah info boleh lah disharing bersama, bie berpandukan pengalaman sepanjang bergelar tukang masak , segala info dan ilmu diperoleh dari sifu-sifu bie ( mak juge memberi peranan penting dalam gaya masakan bie ) juga persekitaran dunia masakan bie selama ini.Ape pun bie sentiase mencari dan menggali ilmu masakan ini… tiada istilah stop!dunia masakan sentiasa bergerak mengikut zaman dan ia sentiasa disesuaikan senang kate up to date..

DIY- Do it Yourself !
Obie can cook so can you!so ..so .. so what? juz make funny-funny… smile always & enjoy yourself !

Lori Luton Untuk disewa dan dijual


Lori Luton

Kepada anda yang mencari lori luton pasar malam / lori cendol
untuk disewa..

sila hubungi : Miss Ridanani Zainal Abidin
012 3986240
03 42801403

Kadar sewa : RM1k open utk peniaga Lembah Klang sahaja.
Kondisi lori : Aluminium Furnished. Terus bole meniaga.
For sale call for price.

katering murah !



"Sesuatu majlis tidak lengkap tanpa juadah dan hidangan kepada tetamu yang hadir.
Kami di Sky Chef Catering sangat menitikberatkan perkara peri penting ini.
Dengan berbekalkan pengalaman dan tenaga kerja terlatih menguruskan katering perkahwinan dan majlis-majlis berskala besar dan kecil,
kami sangat berbesar hati untuk menyajikan juadah dan hidangan yang disediakan dengan penuh kesempurnaan ."




Setiap sajian yang dihidangkan di Sky Chef Catering bukan sahaja mengandungi citarasa yang enak dan lazat tetapi dimasak dengan sempurna dan penuh ketelitan supaya pelanggan akan merasai sesuatu keunikan yang nyata. Masih mengekalkan resepi tradisional kemelayuan, di adun dengan gabungan fusion ala-ala Inggeris, pastinya membangkitkan selera dan aroma yang tersendiri.
Izinkan Chef, tukang masak dan pramusaji kami menawarkan servis terbaik yang tidak berbelah bagi kepada anda.



“Jangan ragui kepakaran kami untuk merealisasikan impian anda”

Open House / Event / Perkahwinan / Pertunangan / Tahlil / Hari jadi / Office event dll.
Pakej pada harga berpatutan

Pakej dari RM6 , RM7 , RM8 , RM9 , RM10 , RM11 , RM12 , RM13- RM200 per pax.

Hubungi:

email ke gunawan.jamil@gmail.com
Hotline 017 2260719
Hubungi:

email ke gunawan.jamil@gmail.com
Hotline 017 2260719 chef
012 3986240 Puan Nani

Hot Katering / katerer K.L


Terima Kasih Kepada pelanggan Kami Pre-Opening Sky Chef Catering
pada 02 / 08 / 2013 di Pandan Indah, Ampang- Untuk Majlis Berbuka Puasa
Sky Chef Catering secara rasmi memulakan operasi katering pada 16 / 08 / 2013 ini.
kepada anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik kami. sila hubungi kami



Menu pada hari itu-

Laksa Penang Istimewa dgn Petis Udang

Mee Hoon Sop Body Ayam Power Dgn Cili Kicap Johor

Kek Pisang Wangi

Teh Tarik Mamak

Air Pandan Hijau Nanas

Extra Kambing Golek ( Harga Lain )







Menu open House-

Menu RM10 per pax

Nasi Tomato

Ayam Masak Merah atau Rendang Ayam atau Ayam Masak Kuzi

Rendang Daging atau Kurma Daging atau Daging Masak Hitam

Kuah Kacang atau Sayur Dalca

Acar Rampai atau Jelataah Mentah

Kek Pisang ( FOC- free of Charged )

Air Sirap Pandan Hijau Selasih

special request-lemang / Nasi Impit ( harga di atas tidak termasuk lemang atau nasi impit )

Menu di atas RM10 per pax, Manakala Jika ingin Menambah Lemang dalam menu
Harga tambahan RM4 akan dikenakan bagi setiap pax ( RM14 )

Jika lemang pihak kami tidak dapat menyediakan, akan digantikan dengan Nasi Impit
Harga Tambahan hanya RM2 akan dikenakan bagi setiap pax ( RM12 )

Perkhidmatan Khemah- 1 x Khemah , 4 meja makan , kerusi 40 buah pada Harga RM450

Pihak Kami- menyediakan menu Lain sebagai pilihan pelanggan

Menu RM10 per pax - Selain Daripada Nasi( Minimum 200pax )

Hidangan Utama

Laksa Penang bersama Petis Udang Istimewa / Laksa Johor Istimewa bersama Sambal Belacan Terbaik

Bee Hoon Sop Body Ayam Malewar bersama Sambal Kicap Johor dan Sambal Kicap Utara

Pencuci Mulut

FOC- free of Charged Kek / Pastry

Bubur Cha Cha / Kacang / Pulut Hitam / Jagung

Minuman

Air Sirap Selasih Pandan Hijau

Menu RM12 per pax

Hidangan Utama

Nasi Putih Mewangi / Nasi Hujan Panas / Nasi Minyak Seri Murni / Nasi Kabuli / Nasi Jagung Emas

Ayam Masak Merah Delima / Ayam Masak Hijau Berempah

Rendang Daging Kuala Kangsar / Kurma Daging Alam

Ikan Dorry Masak Sweet Sour / Ikan Dorry Masak 3 Rasa

Sayur Dalcha Mahameru

Acar Rampai Sari / Jelataah Mentah Abadi

Pencuci Mulut

FOC-free of charged - Potongan Kek Pisang Istimewa

Minuman

Air Sirap Selasih Pandan Hijau

Menu RM11 per pax

Hidangan Utama

Nasi Putih Mewangi / Nasi Hujan Panas / Nasi Minyak Seri Murni / Nasi Kabuli / Nasi Jagung Emas

Ayam Masak Merah Delima / Ayam Masak Hijau Berempah

Rendang Daging Kuala Kangsar / Kurma Daging Alam

Sayur Dalcha Mahameru

Acar Rampai Sari / Jelataah Mentah Abadi

Pencuci Mulut

Bubur Cha Cha / Kacang / Pulut Hitam / Jagung

FOC-free of charged - Potongan Kek Pisang Istimewa

Minuman

Air Sirap Selasih Pandan Hijau

Menu RM10 per pax

Hidangan Utama

Nasi Putih Mewangi / Nasi Hujan Panas / Nasi Minyak Seri Murni / Nasi Kabuli / Nasi Jagung Emas

Ayam Masak Merah Delima / Ayam Masak Hijau Berempah

Rendang Daging Kuala Kangsar / Kurma Daging Alam

Sayur Dalcha Mahameru

Acar Rampai Sari / Jelataah Mentah Abadi

Pencuci Mulut

FOC-free of charged - Potongan Kek Pisang Istimewa

Minuman

Air Sirap Selasih Pandan Hijau

...........................................................................................

Manakala Untuk Menu Pengantin RM20 per pax

Note 1000pax Ke atas Percuma :

Hidangan Meja Pengantin

VVIP Gift for Meja Pengantin ( 10 pax )

Free 1x Iklan Bunting Majlis Perkahwinan

Perkhidmatan Pramusaji

Hiasan Meja Pengantin - Fruit Carving by Melonman Malaysia


SET BUSSINES CLASS (A)

Sup
Soup

Sup Campur Body Ayam Malewar
Delicious Mix Spiced Soup Chicken Bone

Hidangan Utama
Main Course

Nasi Hujan Panas Pengantin Baru
Steamed Buttered Flavoured Basmathi Rice

Nasi Putih Mewangi Setaman
Steamed Fragrant White Rice

Ayam Masak Kuzi Kayangan
Kayangan Chicken in Sauce

Rendang Hitam Palembang Daging Australia
Australia Beef Stew in Asian Spices, Soy & Coconut Paste Alla Palembang

Sayur Dalcha Mahameru
Assorted Braised Vegetables in Lentil Sauce

Acar Rampai Madura
Spiced Carrot & Cucumber salad with Mustard Seed

Pappadom Madras Goreng Garing
Crispy Fried Crackers

Pencuci Mulut
Dessert

Kek Pisang Mewangi Dan Chiffon Pandan / Chiffon Oren
Banana Cakes & Pandan / Orange Chiffon

Pelbagai Pilihan Dadih Buah-Buahan
Assorted Fruit Jelly

Minuman
Beverages

Air Sirap Pandan Hijau Selasih
Special Green Pandan Water with Selasih

Kordial Oren Istimewa
Bubbly Orange Mocktail
...........................................................................................

Pakej Ekonomi Istimewa


Pakej Harga RM6


Menu A
( Pilih Salah Satu )


Nasi Ayam + Sayur + Sos Istimewa

Nasi Goreng Yong Chow ( Cina ) + Ayam Goreng

Nasi Lemak + Ayam Goreng / Ayam Masak Merah / Rendang Ayam / Ayam Masak Kicap + Telur Rebus

Nasi Kerabu + Ayam goreng

Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah + Mentimum + Kuah Kari + Sambal belacan

Atau @

Menu B
( Pilih Salah Satu )


Nasi Hujan Panas

Nasi Kukus

Nasi Tomato

Nasi Kabuli

Nasi Arab Mandy

Nasi Adas

Nasi Khafta

Nasi Planta

Nasi Minyak

Nasi Jagung

Nasi Buryani ( Nasi Buryani sahaja perlu tambahan RM1.00 )

+ bercampur

Lauk Pauk
( Pilih Salah Satu )


Ayam Masak Merah

Ayam Masak Hijau Berempah

Ayam Rendang

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kuzi

Ayam Kurma Berkentang

Ayam sweet Sour

Ayam 3 Rasa

Ayam Masak Lemak Cili api

Ayam Kari Baba Nyonya

Ayam Buryani

Ayam Goreng Berempah

Ayam Masak Ungkep Jawa

Ayam Masak Berempah Palembang

Ayam Masak Halia Hakka Style

Ayam Masak Berlada

Asam Pedas Ayam

Ayam Masak Kari Penang

Add On Menu

Pappadom RM1

Dalcha Sayur RM2

Pappadom + Dalcha Sayur + Jelataah Mentah/ Acar Rampai RM3

Nasi Buryani / Nasi Bukhari RM1

Satay Ayam / Daging RM0.80 pc


Friday, December 27, 2013

DIY- Resepi pop corn

Salam obie hari ini ingin berkongsi resepi kepada anda, bagaimana membuat pop corn caramel, popcorn yang enak dimakan sewaktu menonton wayang.Mmmm obie baru minggu lepas menonton Skyfall 007 jame bond.. sambil makan pop corn..popcorn yang sedap MBO cinemas punye..,
kalau cinema pop corn obie memang suka Mbo Cinema, yang lain tu obie suka juga, selain pop corn mbo cinema, obie suka pop corn garret di klcc...pic ini adik obie - kamal & ayahanda...lepas melayan garret popcorn shops.

Kemas dan menarik packaging popcorn garret... ok lah, obie berkongsi resepi popcorn caramel kepada anda , semoga anda boleh buat dirumah yea..

RESEPI 1 cawan Mentega ( salted )// 2 cawan Gula Perang ( Brown Sugar )// 1/2 cawan Corn Syrup// 1/2 sudu kecil garam// 1/2 sudu kecil Baking soda// vanilla extract / essence// 5 quart Popped pop corn//

Cara membuat 1.

Panaskan Oven pada suhu 250F ( 95'C )

1.Letakkan popcorn dalam Bowl yang besar.

2.
Gunakan saucepan medium , cairkan / masak mentega, gula perang,corn syrup dan garam kacau perlahan dan tanpa perlu mengacau selama 4 minit untuk memastikan bahan telah cair dan telah boil ( menggelegak ).

3.Apabila telah menggelegak alihkan saucepan daripada api.masukkan Soda dan Vanilaa extract dan kacau.

4.
Tuangkan perlahan-lahan, dengan memastikan caramel yang dituang dapat meliputi popcorn.Gaul mesra popcorn dengan caramel .

5.Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.Setiap 15 minit perlu keluarkan dari oven sebentar untuk mengacau popcorn.Masa masak 1 Jam.

6.Apabila selesai, keluaarkan popcorn ke tempat sejuk dan pecah-pecahkan gumpalan popcorn, menjadi butir popcorn yang cantik.

Selamat mencuba.

Pop corn caramel... jika anda ada resepi pop corn juga boleh la sharing juga..amat dialu-alukan..terima kasih

Jom makan : Satay Marvellous

Salam mesra, chef obie kali ini ingin berkongsi minat makan satay bersama anda,
Chef obie bersama Dr Cruz malam kelmarin telah bergerak dari ampang menuju ke Taman Puncak jalil..
semata-mata nak pekena "SATAY MARVELOUS" yang popular tu.., perlu diingat "SATAY MARVELOUS" tak sama
dengan satay kajang atau satay station kg pandan tu walau memang sedap juga.. "SATAY MARVELOUS" ada keistimewaannya tersendiri...
peerrrgghh cerita panjang cakap banyak tak guna juga..kalau korang tak mencuba merasa..heeee..jom layaaaann..



"SATAY MARVELOUS"
Ini dimiliki oleh Chef Din @ Sharifuddin, yang familiar dengan masakan melayu,
dan chef din merupakan chef disebuah Hospital pelancongan di jalan tun Razak K.l
Chef Din telah menjalankan perniagaan sataynya ini hampir setahun dan telah mempunyai 2 cawangan,
Cawangan pertama terletak di Taman Puncak Jalil dekat dengan SIRIM Dan Kompleks Sukan Negara.
Cawangan keduanya terletak di Equine Park,orang-orang taman equine dah biasa dengan "SATAY MARVELOUS"ni kepada korang
yang berada berdekatan Bukit jalil, sg Besi , seri kembangan dan Taman equine...
korang kena try kena cari "SATAY MARVELOUS' ni..tak kenal maka tak chenta.....cubalah try!
Untuk pengetahuan korang, chef obie dan member sampai agak lewat juga..heee satay dah tak banyak yang tinggal..mmm tapi sempat juga meratah 35 cucuk juga lah..satay ayam...,
Satay ayamnya rasa lemak manis dan..tak boleh nak cakap la..sedap! kuah kacangnya pula pedas manis agak oriental juga rasanya..klasik bro!

Identiti "SATAY MARVELOUS" - satay besar dan kuah kacang manis pedas special..



Alamat:

SATAY MARVELOUS
No. 19 Jalan PUJ7 / 19 ,
Taman Puncak Jalil ,
Sri Kembangan ,43300
Seri Kembangan. Selangor

Kepada anda peniaga / usahawan yang ingin mendapatkan bekalan satay marvelous
Hubungi talian

Chef Din 012 4747762
Mas 017 6251218
Wati 012 4747562
Ct 012 3542490



DIY - Resepi kek Coklat Moist Kukus atau kek coklat stim

Bolehlah mencuba resepi mudah yang telah chef obie kongsikan ni..
jika anda ingin lebih manis dan rasa koko atau coklat..
boleh lah ditambah gula sedikit lagi...

selamat mencuba..


Bahan-bahanya

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung high protein ( Diamond flour )



1 sudu makan baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur (B)
Perisa Coklat
Coklat essence

Hiasan Atas Kek

250gm coklat susu kuoveture di campur dengan 2 sudu besar madu, ( double boiler )pastikan setelah dingin kek kukus ini.

Cara-caranya

1. Tapis tepung gandum dan tepung high protein, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di tapis tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen coklat,perisa coklat, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet atau parchment paper, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit.

5. Apabila siap. Dinginkan

DIY - Resepi Pau Sambal atau burger malaysia !

Pau sambal atau burger malaysia... gambar courtesy google

Bahan-bahan Doh:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering(mauripan)
-dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(10 minit)
2 1/2 sudu besar margerin atau lelemak sayuran (shortening)
1 biji telur
1 biji kentang, direbus dan dilecek halus
1/2 cawan air dicampur secubit garam


Cara-cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, campuran yis, margerin,shortening dan kentang ;

2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sedikit demi sedikit, jika adunan terlampau kental.

3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.(boleh tutup dengan plastik-apa yang penting kite tak mahu
doh menjadi kering)

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper.
Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.

5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Guna api Perlahan. Goreng pau sambil
diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7. Belah pau telah digoreng, isikan sambal ikan bilis dan timun.

resepi sambal tumis ikan bilis ...Insyaallah obie sharing..coming soon yea..

WTF : makan kereta BMW pulak !

Kek 3D Kereta BMW M5 warna putih

komposisi:-

Merupakan kek double coklat
disaluti coklat ganache
juga Coklat Buttercream
dicampur pula dengan kombinasi Marshmallow yang spongee...
akhir sekali diselaputi dengan handmade fondant yang lembut...
100% handmade- by chef obie



penggemar kereta..dan kepada mereka yang mengidamkan kereta BMW,
apa kate cube dahulu BMW kek...
pasti tidak mengecewakan anda...

Contact : 017 2260719
gunawan.jamil@gmail.com

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...