Assalammualaikum wbt,
Hari ni bie nak sharing resepi asas bechamel sauce, apa tu bechamel sauce?
bechamel sauce ni lebih mudah kite panggil die sos putih, soso yang creamy diletak atas pelbagai jenis pasta,
lasagna, macaroni baked dan pelbagai lagi..memang lazat den menyelerakan , apatah lagi bile dicampur dengan keju terttentu...perrrrghh..
Resepi Asas Bechamel Sauce
Bahan
120 gm Mentega
1/2 cawan Tepung Gandum
800 ml @ 1 liter Susu Segar
180gm Keju Parmesan ( diparut )
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk Buah Pala @ Nutmeg
Cara Membuat
1.Cairkan mentega dalam pan atau pot dengan api kecil ( pastikan jangan sampai hangus ), Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga bercampur ( dipanggil Roux )
2.Alihkan daripada api,( gunakan whisk untuk mengacau ) Masukkan perlahan - lahan susu segar kacau sebati, dan kelihatan bahan bercampur mesra.Letak kembali diatas api dan panaskan dengan api sederhana.
3.Gunakan spatula pula jika korang gunakan pan, jika gunakan pot terus gunakan whisk macam bie.Kacau perlahan selama 8-10 minit. Matikan api.
4.Akhir sekali baru masukkan serbuk pala , garam dan keju parmesan, kacau sebentar dan siap!
senangkan.. lepas ni dah bolehlah digunakan untuk lasagna dan pelbagai pasta lagi ( boleh gunakan dalam resepi pasta alfredo- jadikan asas krim alfredo )

Malaysia Selebriti Chef , Profesional Chef , Duta Produk @ Product Ambassador , Penulis Buku Masakan &Properties Advisor For Hotel & Resorts ./ FB : chefobie untold IG : chef_obie_official email : gunawan.jamil@gmail.com malaysiapropertiespure@gmail.com Blog utama : chefgunawanmalaysia.blogspot.com chefobie.blogspot.com ( coretan personal ) sajianlazat@blogspot.com chefbiskut.blogspot.com Hotline : 0172260719
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KELAS NASI RUMAH PADANG POPULAR CHEF OBIE 2025
KELAS NASI RUMAH PADANG POPULAR CHEF OBIE 2025 Anda serious ingin Berniaga ? Minat sangat nak buka kedai Makan atau restaurant Berasaska...

-
Assalammualaikum wbt, Hari ni bie nak sharing resepi asas bechamel sauce, apa tu bechamel sauce? bechamel sauce ni lebih mudah kite panggi...
-
Kuih Tradisional India : Resepi Vadai Popular Chef Obie Bahan 240 gm Kacang dhal / ulundhu 1 sudu besar Tepung Beras 1 ...
No comments:
Post a Comment