( Bengkel Coklat modelling 3D , Energy Bar , Brownies , Cupcakes & Cookies )
Syukur Alhamdulillah , minggu lepas Bengkel Chef Obie lancar dengan sokongan peserta-peserta dari shah alam , kl , ada warga syria dan juga pakistan , bengkel chef obie tetap universal..pasti ada sokongan dari warga luar juga..tak kira bangsa boleh layan !
Terima Kasih juga kepada PENAJA UTAMA CHEF OBIE iaitu MEDETOP, juga turut menaja pada bengkel kali ini TRANS STANDARD INTERNATIONAL.
Salah satu Perkongsian ilmu pembuatan doh coklat modelling menjadi tarikan kepada peserta bengkel chef obie dan disini pihak chef berbesar hati turut berkongsi resepi kepada anda follower atau friends chef obie di alam maya.Jika anda masih tidak mahir dan tidak yakin..boleh join kelas personal chef obie.....
KELAS PERSONAL COKLAT MODELLING 3D CHEF OBIE 2O17/2018
Hubungi +0172260719 chef obie
+0169166010 P.A Nesa
RESEPI COKLAT MODELLING
Bahan Utama
1000gm atau 1 kg Coklat Putih
300gm Liquid Glucose atau Corn Syrup
2 sdb Air
Cara Penyediaan :
1.Coklat Putih dicairkan terlebih dahulu , gunakan teknik bain merrie atau anda boleh meltedkan dalam microwave.
2.Masukkan air ke dalam coklat yang sedang cair , pastikan bowl tidak diatas bain marrie.Kacau menggunakan spatula getah , plastik atau sudu stlss steel, bolak balikkan perlahan lahan sehingga sebati adunan.
3.Masukkan pula liquid glucose , kacau mesra , jangan terlalu laju , perlahan -lahan dan layan.
4.Pastikan doh coklat modelling mula menjadi agak kental apabila dikacau.
5.Gunakan cling film atau plastik wrap , lebarkan atas permukaan marmar atau cutting board anda.Letak adunan coklat modelling anda dibahagian tengah cling film atau plastik wrap.
6.Bungkuskan doh coklat modelling dengan cling film atau plastik wrap. Simpan dan rehatkan doh coklat modelling ini dalam suhu bilik , semalaman .
7.Apabila telah cukup rehat doh ini, anda boleh keluarkan dari bungkusan cling film atau plastik wrap , uli menggunakan tangan seperti anda menguli fondat sebelum anda mula membentuk doh coklat ke dalam bentuk 3D pilihan anda . Selamat mencuba
PELBAGAI JENIS KELAS MASAKAN DAN BAKING POPULAR CHEF OBIE
SILA KLIK PADA LINK YANG DIBERI
PLEASE FOLLOW
IG : chef_obie_official
FB : Chefobie Untold
Page FB : smallplate by chef obie
website : http://chefgunawanmalaysia.blogspot.my
Group Masakan : smallplate cooking group SCG ( whatsapp group )
No comments:
Post a Comment