Sunday, August 26, 2018

Candy Coconut : Kita Mampu Hidup Bermewah Tapi Mengabaikan Kebajikan Kedua Ibu Bapa




Salam 

Maaf , menulis malam ni bukan untuk berkongsi resepi atau yang berkaitan dengannya.
Tetapi ia lebih sebagai perkongsian santai dari hati yang tak lah seberapa baik ini.
Mungkin pada anda , tajuk yang chef tulis ini tidaklah menarik mana...,jika ia tidak menarik dan tidak memberi apa-apa keuntungan-
Anda bolehlah scrool atau klik ke informasi yang lain dlm internet ini..
Terima Kasih sekurangnya , anda pasti terbaca posting FB- chefobie untold diatas.

Sekadar ingin menjentik hati-hati 

Yang ada sekarang ini, 
Ia memang berlaku dalam kehidupan harian dalam masyarakat kita hari ini.
Suka atau tidak, 
chef harap setiap dari kita muhasabah diri sebentar ,
Ya, betul anda sibuk dengan kerja, dengan urusan keluarga anda , perniagaan anda , suami anda , isteri anda , anak-anak anda setiap hari...

Cubalah 

Ambil sedikit masa bertanyaakan khabar keadaan mak abah dikampung mahupun di taman, dipondok ke , di pangsapuri ke , apartment ke , kondo ke.., 10 minit sahaja setiap hari untuk permulaan anda memulakan kehidupan anda setiap hari. Jangan anda kata tiada telefon untuk dihubungi. Cuba fikirkan cara bagaimana untuk anda mula berbicara menghilangkan rasa rindu dari orang tua anda disana.Ingatlah Keberkatan hidup anda kalau tidak daripada Doa-doa kedua orang tua, Anda tidak kemana la..walau anda ni doktor , engineer , ada master phd pelbagai lapangan..dari universiti luar negara mahupun tempatan..itu semua tak ada nilai..mungkin dari zahir anda kelihatan hebat..tapi hakikatnya hidup anda tak bahagia , tak mencukupi dalam banyak hal...rezeki anda tiada keberkatan... ingat maksud rezeki itu luas...

( Cubalah berfikir sebentar keadaan ke dua orang tua anda , dah makan ke mereka , ada duit ke untuk mneruskan kehidupan mereka , kesihatan mereka lagi macam mana...Anda sepatutnya bersyukur sekiranya kedua orang tua anda masih hidup dan bernyawa, kerana jika hilang mereka..hilang juga doa-doa mereka dan keeberkatan hidup anda ...juga berkurang )

Sekadar berkongsi rasa, 

kerana apa yang berlaku dihadapan mata chef , mahupun dari yang terdekat mahupun rakan taulan juga kenalan Isu nya sama.. MENGABAIKAN KEBAJIKAN KEDUA IBU BAPANYA , juga.. adik beradik anda yang tidak senasib baik seperti anda.Pasti ada adik-adik anda atau abang atau kakak anda yang sukar kehidupannya.Cubalah ringankan tulang membantu dari segi apa pun,Usah malu jika mereka tidak sehebat anda. Tapi anda yang rasa diri berjaya ini yang patut malu pada Allah ! 
Jangan terlalu lama mendongak ke langit...

Semoga kita semua dijauhkan dari berlaku sedemikian ke atas diri kita..
sedar atau tidak sedar...



Tetiba pulak ada pic candy coconut , actually chef terjumpa candy coconut ni kat restauran mamak di telok panglima garang , chef pun beli dan menikmatinya..sebab ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak chef dulu...Ia tiada kena mengena dengan tajuk posting diatas..ia sekadar iklan ringan..dari chef obie , korang kalau jumpa candy ni bolehlah cuba yea..masih lazat seperti dulu !
Maniskanlah senyuman semanis candy coconut...



Be Good To others

Maaf Salah & Silap juga kekurangan tulisan chef malam ni...pendek aje..sebab tak sanggup nak tulis panjang-panjang, kite semua PENDOSA ! Semoga ada sedikit kebaikan dari perkongsia malam ni...have a sweet dreams


#chefobie #tanggungjawabsosialchefobie

No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...