Friday, March 8, 2019

Chef Obie 2019 : RESEPI LIMAU KASTURI ASAM BOI

Salam 1 Rejab😍

 Banyak Beristighfar & Salam Jumaat 





Chef obie tergerak hati untuk berkongsi satu resepi mudah , menarik dan sedap, walau ia bukanlah menu popular rakyat Malaysia tetapi ia pasti memenuhi citarasa tempatan.Kalau tak percaya anda boleh mencubanya...Resepi Air aje..sesuaikan dengan cuaca yang panas sekarang khabarnya akan berlarutan panas sehingga April 2019.
" AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI "

Sebelum itu Hentikanlah sebarang Bentuk provokasi yg boleh menyentuh sensiviti agama & perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Peliharalah Keharmonian hidup bermasyarakat , Please Jauhilah Api Yang Membakar Kelambu ! Apa yang anda dapat daripada tindakan dan tingkah laku yang tidak bermoral itu ? Kepuasan ? Kebanggaan ? Dipandang Mulia kah ? Menjadi hero Pujaan ? Memecah belahkan hubungan yang selama ini terjalin akrab berbilang bangsa dan agamanya ,Chef yakin tidak satu pun sebenarnya dalam hati rakyat Malaysia sejati bersetuju untuk menghina dan mempermainkan sensiviti agama. , Beringatlah langit tidak selalu cerah , Pasti Pihak berkuasa juga akan menghidu gerakan anda & mengambil tindakan yang tegas terhadap salah laku anda itu.

Berbalik kepada citer dan program chef semalam ,
belah pagi sempat bermeeting sempoi bersama Bro yang bakal pembuka business bakeri. Client mmg puas hati. In Sha Allah akan buka kedai supply bahan bakeri di area Setia Alam.
Kepada sesiapa yg berminat nak jadi pembekal bahan-bahan bakeri boleh hubungi pihak kami.




Berbalik kepada niat chef yang utama untuk berkongsi resepi...jom resepi ada dibawah..simple dan sempoi 




Bahan

15 biji Asam Boi
20 biji Limau Kasturi
1 paket Selasih ( tlh direndam air panas )
8 sdb Madu Lebah
1 cawan Air Panas Coway
1 Liter Air Sejuk Coway
Ais Batu secukupnya

Cara Penyediaan :
1. Dlm jug,letak air panas,satukan asam boi,madu,perahan Limau kasturi Dan limaunya,serta Selasih dikacau mesra.
2.Masukkan 1 Liter Air sejuk,Dan ais mengikut keperluan,Siap utk dinikmati...

Segar anak tekak..
Selamat Mencuba..Kepada korang yang mencari KELAS MASAKAN PERNIAGAAN yang terbukti hasilnya, + testimoni kejayaan pelajar selepas mengikuti kelas...
bolehlah korang klik link di bawah
KELAS MASAKAN PERNIAGAAN 2019





















link di bawah ni chef obie kongsikan filem Teenage Mutant Ninja Turtles 2 ..heeeelayan k!




No comments:

Post a Comment

KELAS BUAT TRIPLE PES OLEH CHEF OBIE

  KELAS BUAT TRIPLE PES OLEH CHEF OBIE Ingin pelbagaikan lagi jenis perniagaan anda berasaskan pes ? Jom Join Kelas Buat Pes Chef Obie ,  me...