Wednesday, October 9, 2019

3 Resepi Puding Sedap , Mudah Dan Sesuai Untuk Berniaga - Chef Obie

3 RESEPI PUDING SEDAP , MUDAH DAN SESUAI UNTUK BERNIAGA CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt ,

Masalah itu pasti ada dan wajib setiap dari diri kite hadapi hari-hari dalam sedar atau tidak sedar.
Bezanya sama ada  masalah kecil atau besar atau yang sedang-sedang aje, masalah itu kan merupakan proses kematangan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Yang penting layan aje... sambil tersengih-sengih garu-garu kepala.
Jom lah korang cuba buat hujung minggu ni resepi mudah iaitu AGAR AGAR PANDAN KLASIK CHEF OBIE, resepi ini juga telah dikongsikan dalam majalah SAJI hari raya yang lepas...




1) Agar - Agar Pandan  Klasik

1 paket agar-agar tali
1000 ml Air
8 helai Daun Pandan kisar+1 cawan air
1/2 cawan gula batu
1 paket Santan+1 cawan air
1 biji telur


Cara Penyediaan :

1.Didihkan air 1000ml+agar-agar tali +air pandan kisar + gula batu.

2.Bancuhkan Santan bersama telur Dan air secawan.

3.Masukkan bancuhan ke dlm air disihan agar-agar,kacau perlahan sehingga mendidiih sekali lagi agaran 2 minit matikan api.

4 .Tuang ke acuan pilihan anda.Biar seketika diluar sebelum simpan dlm peti sejuk.

Yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...






2)Puding Marble Zebra Chef Obie 

Bahan 1 

1 paket Serbuk Agar-agar
500ml Susu Uht
30gm Serbuk Koko
1 sdt Kicap Karamel
120gm gula
2 sdb Tepung jagung
Sedikit Vanilla esen 

Bahan 2

1 paket Serbuk Agar-agar
500 ml Susu Uht
120 gm gula
 sdb Perasa Vanilla
Sedikit Vanilla esen
2 sdb Tepung Jagung




Cara Penyediaan

1.Sedia kan 2 pot berasingan,Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.

2.Masukkan kesemua bahan dlm pot.Kecuali Tepung Jagung.Masak bahan pada api sederhana Dan kacau perlahan-lahan.

3.Apabila mendidih masukkan bancuhan Tepung jagung( letak sedikit air ) ke Dlm pot 1 Dan pot 2.Kacau memekat sahaja matikan api.

4.Gunakan loyang 8'inci atau 7'inci yg telah dibasahkan, sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai,biar seketika diluar kemudiN simpan didalam peti sejuk...mudah kan...yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...

 

3)AGAR AGAR KELAPA KLASIK Atau COCONUT JELLY CLASSIC CHEF OBIE


Bahan

1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket )
3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter )
500ml  Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama
Baki Isi Kelapa Di cincang
1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir
Secubit Garam

Cara Penyediaan 

1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 

2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api.

3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.


4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .


5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...