Assalammualaikum semua. Pernah tak korang alami momen di mana keputusan 24 jam mengubah seluruh jalan hidup?
Itulah yang terjadi pada Chef dulu. Pengalaman mengendalikan menu Pastry, Bakery & Confectionery untuk penerbangan antarabangsa seperti KLM Royal Dutch Airline dan Lauda Air (Austrian Charter Airline) & Banyak lagi flights Private — dari kelas Ekonomi, Bisnes, First Class sehinggalah makanan untuk cabin crew — sebenarnya bermula dengan satu pelawaan yang tak disangka-sangka.
Kisahnya bermula masa Chef tengah bekerja di sebuah hotel berdekatan lapangan terbang. Waktu tu, Chef jaga bahagian 'Melting Pot' (nama coffee house hotel tersebut) dan buat semua benda — dari menu lokal, Western, ala carte room service, hot kitchen buffet sampailah ke stesen Italian pasta.
Dipendekkan cerita, Executive Chef William H. Hewitt (seorang warga England berasal dari Wimbledon) rupanya selalu datang makan kat situ dan perhatikan cara kerja Chef. Mungkin sebab nampak Chef jenis yang rajin dan bertanggungjawab, satu hari tu beliau terus ajak Chef tinggalkan hotel dan join team beliau.
Paling ironi, beliau minta Chef letak jawatan 24 jam serta-merta! Kata beliau, Chef ada bakat artistic yang lebih sesuai untuk fokus dalam Section Pastry. Tanpa berfikir panjang, Chef setuju. Lagipun, pihak pengurusan hotel tempat Chef kerja dulu memang sangat sporting dan sentiasa sokong kalau ada peluang untuk Chef luaskan lagi pengalaman. Dari situlah bermulanya satu fasa industri F&B yang paling berharga dalam hidup Chef.
Walaupun dah setuju nak tukar angin, prosedur tetap prosedur! Esoknya Chef tetap kena hadir interview. Paling mendebarkan, yang interview Chef tu tak lain tak bukan adalah Executive Chef William sendiri.
Selepas lulus, Chef terus diletakkan di bawah seliaan seorang legenda yang digelar 'GOLDEN HAND' — Executive Pastry Chef Mahmud. Masha-Allah, di sinilah bermulanya fasa Chef betul-betul 'hadam' segala ilmu pastry, bakery & confectionery. It was truly my new world and the beginning of me becoming somebody.
Apa yang paling Chef hargai, Executive Chef William sentiasa ambil tahu perkembangan karier Chef di situ sehinggalah hari terakhir Chef berkhidmat bersama mereka. Beliau bukan sekadar ketua, tapi mentor yang sangat menyokong siap sediakan surat rujukan (reference letter) terbaik untuk Chef pergi lebih jauh. "For your great future endeavours," kata beliau.
Doa Chef sentiasa mengiringi sifu-sifu Chef di mana jua mereka berada. Semoga Allah SWT sentiasa menjaga dan melorongkan kalian semua di jalan yang benar, serta dijauhkan daripada sebarang khianat. Amin YRA.
Dari kedai makan biasa, fast food, kapal, hotel, penerbangan, hospital pelancongan 7 bintang – semua pernah jadi sebahagian daripada perjalanan ini. Apa saja yang hadir, saya layan dengan penuh rasa syukur. Terima kasih kepada semua, sama ada secara langsung atau tidak, kerana turut bersama dalam journey Chef Obie.
Sejak 2012, chef masih aktif menganjurkan kelas masakan dan baking untuk orang ramai. Bermula dengan kelas hujung minggu secara berkumpulan, kini berkembang menjadi kelas persendirian eksklusif. Peserta datang dari pelbagai latar belakang – surirumah, peniaga kecil, hinggalah usahawan tempatan dan luar negara.
Tahun demi tahun, semakin banyak testimoni kejayaan pelajar yang berjaya membuka premis dan mengembangkan bisnes mereka. Itulah kepuasan sebenar – melihat ilmu yang dikongsi terus jadi rezeki dan kejayaan orang lain.
Corak kerja pun makin berkembang ikut masa dan permintaan. Dari projek kecil dan sederhana, lama-lama naik taraf jadi consultation yang lebih serius – sampai berjaya set up central kitchen untuk restoran tempatan.
Dalam masa sama, turut bantu usahawan baru buka kedai bahan kek dan bakeri. Chef juga mula aktif keluarkan produk berbentuk sistem untuk mudahkan urusan bisnes, contohnya "Template Costing" bagi kawal kos dengan lebih teratur.
Dari universiti ke TV tempatan, Chef Obie dijemput jadi jurucakap produk, juri pertandingan, dan buat demo masakan & baking.
Terima kasih guru & rakan di SMK Dato’ Penggawa Timur Masai (1993–1998) kerana mengiktiraf Chef sebagai Tokoh Sekolah. Sokongan kalian sentiasa jadi semangat perjalanan ini.
Jumpa juga gambar cucian kodak sewaktu Chef Obie berkhidmat dibawah seliaan Executive Chef William H Hewitt & Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmud. Agak ganteng juge chef waktu itu- Zaman ketika minat Scooter & Skateboard. Berangan nak join sport motorscramble tapi setakat berangan ajela dan kemampuan tak mengizinkan waktu itu. Lebih selesa Hoodie Adidas atau FOX, DC Shoes DC Jeans, Rambut nak kombinasi aaron kwok + Shah Rukh Khan Poyo ! Sekarang lebih kurang aje, hoodie aje jarang pakai sebab cuace panas kan, selesa tshirt , jeans, sneaker & cap atau key aje. Rambut aje kadang panjang kadang terus botak !







No comments:
Post a Comment