Wednesday, October 9, 2019

HOTEL FOR SALE AT JOHOR BHARU BELOW PRICE RM200MIL-DIRECT OWNER

Malaysia Good Properties Investment : Land & Hotel To Sale In Malaysia +60172260719






Hotel For Sale 
Below Price RM200 MIL
City Centre Of Johor Bharu
Johor Darul Takzim , Malaysia
Direct owner / Info & Detail


+60172260719 Chef Obie 
 MGJ CONSULTANCY 
with Lawyer Firm )
Hotel And resort Consultant 
Ampang, Kuala Lumpur
Shah Alam

MALAYSIA NO 1 GENUINE PROPERTIES

3 Resepi Puding Sedap , Mudah Dan Sesuai Untuk Berniaga - Chef Obie

3 RESEPI PUDING SEDAP , MUDAH DAN SESUAI UNTUK BERNIAGA CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt ,

Masalah itu pasti ada dan wajib setiap dari diri kite hadapi hari-hari dalam sedar atau tidak sedar.
Bezanya sama ada  masalah kecil atau besar atau yang sedang-sedang aje, masalah itu kan merupakan proses kematangan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Yang penting layan aje... sambil tersengih-sengih garu-garu kepala.
Jom lah korang cuba buat hujung minggu ni resepi mudah iaitu AGAR AGAR PANDAN KLASIK CHEF OBIE, resepi ini juga telah dikongsikan dalam majalah SAJI hari raya yang lepas...




1) Agar - Agar Pandan  Klasik

1 paket agar-agar tali
1000 ml Air
8 helai Daun Pandan kisar+1 cawan air
1/2 cawan gula batu
1 paket Santan+1 cawan air
1 biji telur


Cara Penyediaan :

1.Didihkan air 1000ml+agar-agar tali +air pandan kisar + gula batu.

2.Bancuhkan Santan bersama telur Dan air secawan.

3.Masukkan bancuhan ke dlm air disihan agar-agar,kacau perlahan sehingga mendidiih sekali lagi agaran 2 minit matikan api.

4 .Tuang ke acuan pilihan anda.Biar seketika diluar sebelum simpan dlm peti sejuk.

Yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...






2)Puding Marble Zebra Chef Obie 

Bahan 1 

1 paket Serbuk Agar-agar
500ml Susu Uht
30gm Serbuk Koko
1 sdt Kicap Karamel
120gm gula
2 sdb Tepung jagung
Sedikit Vanilla esen 

Bahan 2

1 paket Serbuk Agar-agar
500 ml Susu Uht
120 gm gula
 sdb Perasa Vanilla
Sedikit Vanilla esen
2 sdb Tepung Jagung




Cara Penyediaan

1.Sedia kan 2 pot berasingan,Setiap pot mewakili bahan 1 juga bahan 2.

2.Masukkan kesemua bahan dlm pot.Kecuali Tepung Jagung.Masak bahan pada api sederhana Dan kacau perlahan-lahan.

3.Apabila mendidih masukkan bancuhan Tepung jagung( letak sedikit air ) ke Dlm pot 1 Dan pot 2.Kacau memekat sahaja matikan api.

4.Gunakan loyang 8'inci atau 7'inci yg telah dibasahkan, sudukan adunan secara bertindih sehingga selesai,biar seketika diluar kemudiN simpan didalam peti sejuk...mudah kan...yang penting korang kena mencuba dahulu resepi ini..memang mudah dan sempoi..selain kejadian juga syantik...

 

3)AGAR AGAR KELAPA KLASIK Atau COCONUT JELLY CLASSIC CHEF OBIE


Bahan

1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket )
3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter )
500ml  Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama
Baki Isi Kelapa Di cincang
1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir
Secubit Garam

Cara Penyediaan 

1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 

2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api.

3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.


4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .


5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba


Perbezaan Masakan India Utara Dengan India Selatan - Chef Obie

PERBEZAAN MASAKAN INDIA UTARA DENGAN INDIA SELATAN - Chef Obie

Assalammualaikum wbt ,

Salam Sejahtera ,
Semoga perkongsian ini dapat memberi input seperti yang anda inginkan.
Pelajar-pelajar kulinari mahupun anda chef profesional memerlukan pemahaman asas berkaitan sejarah sesuatu asal usul masakan bangsa tertentu , hari ini Chef Obie ingin fokuskan kepada Bangsa India .


India yang kaya dengan budayanya termasuk dalam masakan tradisinya yang unik , enak , menambah dan membangkitkan selera , penggunaan rempah ratus yang banyak dan klasik.

 Anda pasti suka makan masakan India? Masakan India sememangnya begitu popular di seluruh dunia. Tidak hairanlah jika kita boleh menikmati pelbagai jenis masakan India walau di mana jua kita berada kerana terdapat banyak restoran yang menawarkan jenis masakan ini di Malaysia. Masakan India begitu popular disebabkan oleh kehebatan rasa dan keunikan aromanya. Namun, di sebalik keenakkan itu sebenarnya rasanya tidak pernah sama kerana cara masakannya berbeza antara India Utara dan India Selatan.


Hidangan India Utara yang terletak di bahagian Utara India lebih banyak menggunakan hasil tenusu di dalam masakannya seperti susu, paneer, ghee dan dadih. Penggunaan bahan-bahan ini menjadikan hidangannya nampak lebih berkrim, berlemak dan kuahnya lebih pekat.


Manakala, hidangan India Selatan yang terletak di bahagian Selatan India lebih banyak menggunakan kelapa kerana sumber ekonomi di India Selatan khususnya Kerala ialah kelapa. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan India Selatan ada menggunakan kelapa tidak kiralah dalam bentuk santan, kerisik ataupun kelapa parut. Malah, mereka turut menggunakan minyak kelapa dalam menyediakan sesetengah jenis masakan untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan yang dimasak.


Masakan India Utara juga terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja sehingga digelar sebagai "Raja Segala Herba" kerana menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang dicampur dan diadun sendiri untuk penjagaan kesihatan yang baik. Antara rempah yang sering digunakan adalah ketumbar, jintan manis, cili kering, kunyit, serbuk cili, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan garam masala (campuran kisaran jintan manis, lada hitam, bunga cengkih dan buah pelaga).


India Selatan pula kaya dengan hidangan nasi kerana India Selatan sebenarnya bukan sahaja dipenuhi dengan pokok kelapa malah ia juga kaya dengan sawah padi. Sekiranya datang ke India Selatan pasti kita akan merasakan seolah-olah berada di negara sendiri kerana ia menyerupai gambaran perkampungan di negeri Kedah yang mewah dengan sawah dan bendang. Malah, makanan utamanya juga tidak berbeza dengan makanan di negara kita. Perbezaannya adalah kuantiti dan keaslian rempah yang digunakan kerana ia ditanam sendiri. Dan kebiasaanya masakan India Selatan lebih menjurus kepada citarasa pedas dan lemak santan.


Keunikan masakan India ini bukan sahaja dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanannya sahaja. Keunikannya juga terletak kepada perkakas yang digunakan untuk memasak. Masyarakat India samada India Utara atau Selatan gemar menggunakan kadhai iaitu bekas yang diperbuat daripada logam untuk memasak. Ia mempunyai bentuk seperti periuk dan mempunyai saiz yang pelbagai untuk memasak hidangan sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya.




Selain itu, mereka juga suka menggunakan ketuhar tandoor iaitu ketuhar yang diperbuat daripada tanah bersaiz agak besar untuk memasak. Ia menggunakan arang yang ditempatkan di dalam ketuhar tersebut sebagai agen untuk memasak makanan. Oleh kerana keunikannya, ia memerlukan beberapa teknik memasak yang perlu dipelajari sebelum menggunakannya. Pengendalian yang betul akan dapat memastikan makanan masak sekata, tidak hangus dan sebagainya.




Nyata sekali kelaianan yang ada di dalam dalam penyediaan sajian India Utara dan India Selatan samada dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanan telah menjadikannnya unik dan tersendiri.

Chef Obie menjadi guest chef untuk students semester 5
Bsc (Hons) Foodservice Management.
Fakulti Hotel Dan Pengurusan Pelancongan.
Terima kasih -
Dekan, pensyarah Cik Noriza dan En Nizam serta pelajar Group 1
Nurul, Mizah , Fatin , Alif dan Naim juga semua pelajar semester 5
yang memberi kerjasama yang baik pada Bie.

Pada hari tersebut :
Task pelajar bersama Chef Obie
menyediakan " Indian Cuisine "

1. Lamb Buryani
2. Prawn Vindaloo
3. Tadhka Dhall
4. Dosa / Dosai and Coconut Chutney
5. Rogan Josh
6. Chicken Tandoor
7. Naan bread and Mint Sauce

























Alhamdulillah , segala urusan lancar  Terima Kasih Kepada semua pelajar dan pensyarah serta dekan.

Untuk sebarang perkhidmatan Perundingan Makanan secara Profesional , Food Stylist , Food Training For Bussines dan yang berkaitan , Anda boleh..
Hubungi MGJ CONSULTANCY


Kredit :
trymasak & penambahan info daripada Chef Obie 


Tuesday, October 8, 2019

RESEPI FUSION : WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt , Salam Sejahtera

Pasti Ada yg Belum terbiasa dgn hidangan yg satu ini, Chef Obie hari ini berlapang dada untuk berkongsikan resepi dan cara memnyediakan WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN 🍗🍗🍗🍗🍗 

*Keistimewaan Rempah Ratus India bervariasi Dengan Gaya Barat . Menghasilkan Hidangan Yang hebat , enak Dan mudah disediakan.Ini juga dinamakan fusion !



Jom Terus ke Resepi..

WESTERN INDIAN FRIED CHICKEN
( Menghasilkan 15 keping )

Bahan Perapan Sebentar

5 Keping Potongan Ayam Chicken Chop ( Bahagian Peha ) dipotong 3 untuk sekeping & telah dicuci bersih
1 biji Telur Saiz C/D
1 sdm Serbuk kunyit
2 sdm Unsulted Butter
1 sdt Garam
Daun Kari Secukupnya 

Cara Penyediaan :

1.Kepingan ayam chicken chop yang telah dipotong 3 , ke dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur yang dingin ( dari chiller ) , daun kari secukupnya, unsulted butter ,serbuk kunyit dan garam di gaul mesra .Kemudian Ketepikan perapan ini didalam peti sejuk atau chiller selama 30 minit.



Bahan Tepung Western Indian Fried Chicken

2 cawan Tepung Tepung Gandum
1 sdt Tepung Jagung
3 sdm Cayyene Powder
1 sdt Serbuk Cili
2 sdm Serbuk Chiken Stok
3/4 sdm Garam Vacuum
1 sdm Rempah Kari Ikan
1 sdm Rempah Kari Daging

*1 sdm Biji Sawi
Daun Kari Tua Secukupnya
setangkai Cili Kering digunting

Cara Penyediaan Tepung :

1. Satukan ke semua bahan kering seperti tepung gandum, rempah kari, tepung jagung , garam vacuum , cayyene powder , serbuk cili dalam penapis , Sila ayak semua bahan ini diulang sehingga 3 kali. ( bagi memastikan semua bahan tepung western Indian Fried Chicken ini mesra cantik )

2.Setelah 3 kali tapisan , masukkan biji sawi , cili kering digunting dan daun kari tua , gaul mesra.



Cara Penyediaan Untuk Menggoreng Western Indian Fried Chicken :

1.Kepingan ayam yang telah diperap sebentar dalam chiller dikeluarkan .

2.Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

3.Apabila minyak telah panas , Sila pastikan adunan tepung ditapis berada berdekatan anda dan juga ayam perapan.


4.Ambil sekeping dahulu ayam , masukkan ke dalam adunan tepung , bolak baikkan.
ditoskan supaya sisa tepung jatuh.


5.Gorengkan dalam minyak panas. Lakukan satu demi satu sehingga selesai.

6.Goreng sehingga warna keemasan dan keperangan serta bau yang wangi mula keluar.Angkat dan toskan minyak .

 

7.Siap untuk dinikmati begiru sahaja mahupun dinikmati bersama nasi mahupun starch yang lain ( mash potato , kentang goreng mahupun pasta )

Semoga perkongsian dalam internet ini dapat membantu dan memberi idea untuk anda yang memerlukannya dalam memvariasikan menu hidangan dirumah.


Food is for eating, and good food is to be enjoyed... I think food is, actually, very beautiful in itself...Sempoi Bak hang !

#chefobie #chefobiecrew #mgjconsultancy #foodconsultantkl #foodconsultant
 

Jangan segan untuk follow chef obie di Facebook
Mahupun Untuk Mengetahui Kelas-kelas Dan kursus Masakan Perniagaan Yang Dikendalikan Oleh Chef Obie & MGJ CONSULTANCY , Di Ampang Kuala Lumpur.

Selamat Maju Jaya...


Jom layan sebentar Chef Obie Yang Poyo ni...eaaa...maaf , jom layan video lagu hindustan..sedutan dari filem Kuch Kuch Hota Hai..iaitu Koi Mil Gaya


Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...