Wednesday, March 25, 2020

#StayAtHome : RESEPI TOSAI @ DOSAI CHEF OBIE

#StayAtHome : RESEPI TOSAI @ DOSAI CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt semua, 

#StayAtHome protect your community agains COVID 19



Syukur , dalam keadaan Malaysia " Perintah Kawalan Pergerakan " ini aktif , secara langsung mewujudkan satu persekitaran positif dalam rumah dan keluarga mahupun yang bujang , dimana mereka disogokkan dengan pelbagai menu dan resepi masakan dalam media facebook mahupun ig , resepi mudah dan bersesuaian untuk dicuba. Impaknya mereka mula pandai memasak dan membuat roti canai sendiri , telah ter upgrade sendiri skill dapur tu... selain dapat budget dan memasak sendiri dengan air tangan untuk santapan keluarga ,Yes ia merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sekian telah terjalin selain hidangan itu lebih bersih dan keberkatan disitu.

Pagi ni Chef Obie sukarela ingin berkongsi " RESEPI TOSAI ATAU DOSAI " Sebelum-sebelum ini Chef Obie juga sering dijemput oleh pihak korporat mahupun institusi pendidikan untuk mengajar subjek ini . Tosai berasal daripada Tamil Nadu , India merupakan hidangan ringan yang mengenyangkan dan telah diterima umum rakyat di Malaysia.

Walaupun ada beza resepi yang Chef Obie kongsikan dengan yang diajar secara profesional , akan tetapi ia dihasilkan bersesuaian dengan sesuatu keadaan persekitaran. Selain matlamat chef obie untuk mengajar anda untuk tidak melakukan pembaziran terutama " Lebihan Nasi Putih " yang ada di rumah. Resepi dibawah ini tiada penggunaan urad dhal atau kacang tosai.

Bahan 

2 Cawan Nasi Putih Sejuk( boleh extrakan Nasi Putih hingga 3 cawan )
1 Cawan Tepung Beras
1 tab kecil Yogurt ( plain saiz ala dutch lady yogurt )
1/4 sudu teh Halba
1/4 Jintan putih ( option- jika suka )
1/2 cawan air 
1/2 sudu teh Garam

Cara Penyediaan :



1. Satukan ke semua bahan dalam pengikar atau blender , Blenderkan hingga sebati dan hancur.

2. Masukkan adunan tosai ke dalam bowl atau mangkuk steel ( jika ada ) , kemudia sila wrapping permukaan bowl. pastikan tida ruang untuk air atau bendasing masuk ke dalam bowl .

3.Sila simpan dalam fridge atau peti sejuk anda semalaman.

4.Esok pagi ketika hendak menggunakannya, baru keluarkan dan kacau mesra dengan spatula atau sudu.

5.Pastikan menggunakan non stick pan , dan sapuan sedikit minyak atau , butter atau marjerin.



6.gunakan senduk atau sudip yang mudah untuk anda sukat , lenserkan aduna senipis yang anda boleh lakukan .pastikan non stick pan telah panas. hanya permukaan sahaja yang dimasak tidak perlu dibolak balikkan.

7.Selamat Mencuba dan sila sharingkan ilmu ini kepada yang memerlukan.

chefgunawanmalaysia.blogspot.com
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com



Doakan agar Virus COVID 19 ini lenyap di muka bumi ini.
PEJABAT MUFTI telah keluarkan satu doa untuk panduan umat Islam agar dijauhkan daripada terkena COVID-19. Doanya pendek dan disertakan dengan terjemahan sekali. Senang sahaja untuk dibaca dan dihafal.
Semoga perkongsian kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di dapur untuk menghidangkan menu yang unik dan sedap. Kepada anda yang mencari KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI  

Hubungi MGJ CONSULTANCY

No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...