Sunday, August 15, 2021

Resepi Apam Popular Healthy Chef Obie

 Alhamdulillah , Chef Obie sukacita kongsikan satu resepi sihat ulangan dari facebook milik chef iaitu chefobie untold .Cara penyediaan yang mudah InshaAllah membantu anda untuk meghasilkan apam yang cantik. Apa pun Chef Obie nak ingatkan apam popular healthy ini kurang manis maklumlah apam sihat. Sekiranya korang nak yang manis dan penuhi selera orang-orang sihat boleh gantikan kepada gula pasir dan kombinasi gula merah mahupun gula melaka mahupun nisang kerek. Semoga bermanfaat dan silakongsikan ke media yang lain. Terima Kasih

RESEPI APAM POPULAR HEALTHY CHEF OBIE

Bahan Utama :
250 gram gula Rendah Glisemik ( Brand CSR )
250 ml air
80 gm Minyak Masak/ Minyak Kelapa atau Marjerin / insulted butter yg dicairkan
6 biji telur Saiz A atau B
60 gram madu
100 gm Susu Cair
190 gram tepung gandum
2 1/2 susu kecil soda bicarbonat

Cara Penyediaan :
Panaskan Pengukus dan pastikan air cukup. ( anda juga boleh gunakan oven - pastikan panaskan dahulu 180-200c dan letakkan air dibahagian bawah oven ) ala-ala nak baked cheesecake 😘
Masakkan gula hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana sahaja.
Masukkan air perlahan lahan . Kacau rata dan masukkan Minyak Kelapa / mentega,kacau sehingga larut bersama gula hangus. Matikan Api dan Sejukkan.
Pukul telur sehingga kembang .
Tuangkan susu cair ,madu dan sambung pukul hingga hingga sebati. sila gunakan kelajuan sederhana sahaja,
Masukkan tepung dan soda bicarbonat yang telah ditapis bersama sedikit demi sedikit. Pukul sebati dan masukkan gula hangus terus di gaul rata.
Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak jika bekas kecil. Bergantung kepada saiz mould atau bekas yg anda guna ( jika oven..bakar 1 jam atau mengikut oven anda )
Sejukkan dahulu baru hidang ! Selamat Mencuba dan Salam Jumaat gais...
Korang yang sihat tiada deabetes boleh ubah resepi ini Menjadi selera korang ,gula Pasir Dan susu pekat korang boleh guna pakai, letak lah Banyak Mana korang suka asal korang puas hati Dan memenuhi selera korang. Selamat Mencuba












Mesti cuba pelbagai resepi dan tips daripada Chef Obie , Anda boleh google dengan menaip nama resepi dan dihujung resepi jangan lupa taip nama Chef Obie , perkongsian dalam media internet lebih darioada 1000 resepi , InshaAllah semoga dapat membantu anda dalam menyediakan hidangan dan menu di rumah dengan lebih sedap dan mudah , sekiranya inginkan ilmu masakan perniagaan boleh join Kelas Masakan Perniagaan , Baking Dan Komersial yang telah menjadi pilihan sejak 2012 hingga kini serta bertestimoni.
Jumpa Lagi...Spread Love & Knowledge


No comments:

Post a Comment

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...