Thursday, October 19, 2017

Resepi Cupcake Pilihan Netizen : RED VELVET CUPCAKE / CUPCAKE BALDU MERAH

Salam Jumaat netizen ,


candid photo dari kamera peserta bengkel chef obie ,jangan kecam tau...#chefobie #mmmazing #medetop

Syukur Alhamdulillah , malam yang serba tenang dan berkat ini..chef obie diberi kesempatan untuk berkongsi satu RESEPI CUPCAKE PILIHAN NETIZEN : RED VELVET CUPCAKE ATAU CUPCAKE BALDU MERAH yang begitu popular sejak 5 tahun yang lepas hingga kini.

Resepi yang telah lama diguna pakai dan dikongsikan kepada pelajar dan peserta-peserta program masakan dan baking chef sebelum ini.Resepi yang telah diolah untuk kesesuaian citarasa tempatan dan yang penting Halal tiada keraguan.Terima kasih juga kepada Madam A xxxx ( chef lupe namanya..tapi chef doakan akan kesihatan madam ini..masa berjumpa dulu juga sudah berusia ) merupakan wife staff kedutaan amerika di Malaysia yang telah berkongsi bersama chef obie dengan koleksi Blue ribbon..terharu tau..lebih seratus tahun punye resepi...apa pun mostly resepi TIDAK sesuai untuk masyarakat tempatan. Maklumlah penggunaan liqour dan ram dalam penyediaan pelbagai variasi Red Velvet ,apa pun chef telah olah resepinya menjadi lebih mesra pemakan kek gitew !!!



Red Velvet Cupcake atau Cupcake Baldu Merah ...

Bahan

( Bahan kering)
280 gm Tepung gandum
50 gm serbuk koko Van Houten
2 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonate
1 sdt garam

A
125 gm mentega / unsulted Butter
260 gm gula castor

B
3 biji telur (gred A atau B)

C
1 sdt esen vanilla
1 sdt  cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sdm pewarna merah bright

D
240ml buttermilk
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.


CARA PENYEDIAAN :

1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan

2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (C)-pukul hingga sebati

3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn (D) buttermilk-pukul hingga sebati.

4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

*Red Velvet Cupcake pasangannya ialah Cream Cheese , Resepi dibawah ini

Bahan :

300 grm whipping cream-brand anchor
150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese ( optional -jika tiada sila tambahkan cream cheese )
60 grm gula icing
100 grm butter
1 sdt lemon paste atau lemon essence


Cara Penyediaan  :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

Boleh digunakan untuk menghias red velvet cupcake mahupun red velvet kek anda


Sekiranya ANDA INGINKAN lebih RESEPI-RESEPI yang CONFIRM MENJADI?



Sila dapatkan ebook-ebook SWEETMEDIA nukilan chef obie yang telah mendapat sambutan netizen sejak 2012 hingga kini sila klik link dibawah ini



eBUKU MASAKAN BAKING POPULAR




Jangan terlepas peluang untuk Join BENGKEL SENI MASAKAN CHEF OBIE , bermula bulan September , Oktober , November dan Disember 2017 untuk keterangan lanjut boleh hubungi

+0169166010 Nesa 
+0172260719 chef obie


No comments:

Post a Comment

RESEPI KUAH ROJAK PASEMBOR SEDAP DAN POPULAR CHEF OBIE

Salam Hujung minggu.. bila  RESEPI KUAH ROJAK PASEMBOR  kembali menjadi permintaan... Chef Obie kongsikan sekali lagi..resepi beberapa tahu...