Thursday, March 29, 2018

RESEPI MANISAN DAN CARA MENURUNKAN SUHU BADAN KETIKA DEMAM

RESEPI MANISAN YANG MUDAH DAN SEDAP JUGA CARA MENURUNKAN SUHU BADAN KETIKA DEMAM



Salam Jumaat , dengan cuaca sekarang tidak menentu kadang agak panas yang melampau , kemudian hujan lebat mahunye mudah ketahanan badan yang rapuh menjadikan diri kite mudah demam dan batuk-batuk yang panjang dan lambat untuk sembuh , kite seharusnya mengambil berat dengan kesihatan..chef obie terpanggil untuk berkongsi sedikit info dari teman blogger .. Dibawah ini info Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam.


Demam Panas atau suhu badan jauh lebih tinggi dari biasa adalah petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan badan kita. Kebiasaannya bila suhu badan naik, ia menunjukkan bahawa badan sedang cuba melawan jangkitan virus atau bakteria.
Selain pengambilan ubatan moden untuk menurunkan suhu badan, ada beberapa petua tradisional yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan.

Cara Menurunkan Suhu Badan ketika Demam

1)Minum Air Secukupnya – Pastikan anda minum air dalam kuantiti yang lebih banyak ketika anda demam. Pengambilan air dapat mengawal suhu badan anda agar badan tidak mengalami dehidrasi.
2) Air Asam Jawa – Bancuh asam jawa dengan segelas air. Seeloknya anda perlu embunkan air asam jawa tersebut. Kalau tak dapat diembunkan boleh juga diminum begitu. Minum sedikit demi sedikit. Air asam jawa dapat membantu menyejukkan badan dan merawat sakit tekak. Anda juga boleh sapu air asam jawa di kulit kepala dan di bahagian tengkuk dan badan untuk mempercepatkan proses menurunkan suhu badan.
3) Stokin Basah – Ada satu petua yang boleh juga anda amalkan iaitu dengan memakai stokin yang basah ketika suhu badan tinggi. Caranya anda basahkan kedua-dua belah stokin dan pakai. Anda boleh memakai stokin tebal yang kering di atasnya. Amalkan ini sewaktu tidur malam untuk menurunkan suhu badan.
4) Lap Badan – Ambil sehelai tuala dan basahkan. Lapkan badan anda untuk menurunkan suhu. Anda juga boleh biarkan tuala yang basah di atas dahi untuk menurunkan suhu badan.
5) Daun Bunga Raya – Daun dan bunga raya boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Ambil bekas berisi air dan letakkan beberapa helai daun bunga raya bersama beberapa kuntum bunga raya. Ramas sehingga keluar lendir dan sapukan ke rambut dan kulit kepala.
6) Mandi Secara Kerap – Bila suhu badan panas, elok jika anda mandi dengan air suam. Ini dapat membantu menurunkan suhu badan anda.
Namun harus diingatkan jika suhu badan tinggi untuk tempoh beberapa hari dan cara-cara yang dikongsikan di atas ini tidak dapat membantu untuk menurunkan suhu badan anda, lekas-lekaslah berjumpa doktor. Anda juga perlu segera berjumpa doktor jika suhu badan tinggi berserta muntah dan cirit birit, sesak nafas, sakit sendi, sawan atau sebarang gejala lain yang membimbangkan...selain tu...sekiranya anda mementingkan penjagaan kesihatan diri dan pemakanan, Anda boleh ambil 1 sudu besar VCO medetop ( Minyak kelapa Dara Medetop )



hari ini juge chef nak kongsikan satu resepi mudah dan menyegarkan...

"RESEPI MANISAN POPULAR YANG MUDAH DAN SEDAP !"


TUM TIM GROB atau RED RUBY ala chef obie

Resepi, manisan dari negara Thailand...sawadikap...! Pasti anda suke makan manisan thai ni.. ,

Bahannya.

500 gm sengkuang cina.
1 cawan santan
1sdt garam
6 sdb tepung ubi
pewarna merah @ Pati Sirap Rose
Air secukupnya
Gula Sirap atau sirap rose
Parutan Ais secukupnya

Cara Penyediaan 

1.Sengkuang cina potong dadu kecil , rendam dalam air yang telah dicampur
sedikit pewarna merah dalam sejam kemudian toskan.

2.sengkuang yang telah diwarnakan itu disalut pula dengan tepung ubi,
pastikan sengkuang disaluti penuh dengan tepung ubi tau..sebab kita akan merebus sengkuang ini.
3.Panaskan air-apabila air mendidih masukkan sengkuang yang sudah disalut
dengan tepung ubi.biar sengkuang tu timbul dipermukaan baru angkat tau...ini yg dipanggil red ruby.. 4.Simpan dlm peti sejuk lebih baik sebelum digunakan utk hidangan red ruby ni.

5.Cara hidang- Letakkan Parutan Ais Sekepal atau secukupnya utk satu mangkuk atau bekas yg korang gunakan.

6.Masukkan gula sirap @ sirap rose ikut rasa manis masing-masing. selalunya santan tu masukkan santan yg telah dimasak bersama sedikit garam dan disejukkan terlebih dahulu .Akhir sekali dihiaskan dgn hirisan nangka dan red ruby.sedap tau.. Selamat mencuba 



No comments:

Post a Comment

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : MEE HAILAM KLASIK

RESEPI PILIHAN RAMADHAN CHEF OBIE : MEE HAILAM KLASIK Assalammualaikum wbt , Salam Jumaat  Semoga ibadah puasa ini diberkati dan kite...