Monday, June 10, 2019

Hidangan Open House Hari Raya : AYAM MADU LEBARAN CHEF OBIE

HIDANGAN OPEN HOUSE HARI RAYA : AYAM MADU LEBARAN CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati..nikmat-nikmat hidup yg percuma ini.

Hari ini chef obie ingin kongsikan satu menu dan resepi sebagai appertizer dalam MENU OPEN HOUSE HARI RAYA kali ini !

Menu berasaskan ayam menjadi pilihan chef obie malah bahagian wing ( kepak ) dan Buffalo ( drummet ) sebagai bahan yang utama.

AYAM MADU LEBARAN



Bahan Utama

600 gm Kepak Ayam & Buffalo ( drummer )
2 sdb Marjerin @ Mentega
2 ulas Bawang Putih cincang
1 sdt Lada Hitam
2 sdb Sos Tiram Lee Kum Kee
1 sdt Lada sulah
1 biji Jus Limau Nipis
1 sdb Gula Pasir
1 sdt Serbuk Kunyit
1 sdt Serbuk Kari Ikan
1 sdb Serbuk Stok Ayam
1 sdb Tomato Soup
1 1/2 sdt Garam 
1/2 cawan Air
1 sdb Bijan disangai
2 sdb Madu 

Cara Penyediaan

























1.Dalam satu bowl,Kepak dan buffalo ayam diperapkan dgn semua bahan kering , kecuali jus limau,gula,garam,madu,tomato dan bijan juga air. Perap 15- 20 minit sahaja.







































2. Panaskan Mentega Dlm non stick pan.Tumis Bawang Putih hingga kekuningan, masukkan ayam yg telah diperap,buka api besar dlm 3 mnt,bolak balikkan ayam. ( Ayam Akan kelihatan seperti dipanggang @ roasted )





















3.kecilkan api,masukkan air,tomato,jus limau,gula,Garam,Dan madu,kacau mesra Dan Akhir sekali masukkan bijan yg telah disangai.Enakk dimakan begitu sahaja juga boleh dinikmati bersama hidangan lain dalam menu open house anda.

Selamat Mencuba



#resepiopenhouse #menuopenhouse #resepikepakayam #resepi ayamdrummet #chefobie #mgjconsultancy #ayammadu #ayammadubijan #ayammaduqilat



KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2019:

Asalammualaikum wbt & Salam Sejahtera netizen,
Chef obie nak war-warkan..

Ada Lebih 20 Jenis Kelas Masakan Perniagaan Yg Menjadi Pilihan Para Pelajar- Bakal Peniaga/ Peniaga Offline @ Online / Usahawan...
& Terbaru!!!
KELAS MASAKAN MALAM CHEF OBIE ( kelas 3 Jam shj )

Anda Boleh Klik link dibawah ini untuk informasi selanjutnya :

Lebih 20 Jenis Kelas Masakan



Jangan Lupa Follow Chef Obie Di Facebook Sila Klik Link chefobie untold



No comments:

Post a Comment

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...