Tuesday, July 11, 2023

PERBEZAAN MASAKAN INDIA UTARA DENGAN INDIA SELATAN - Chef Obie di Uitm Shah Alam

 PERBEZAAN MASAKAN INDIA UTARA DENGAN INDIA SELATAN - Chef Obie di Uitm Shah Alam

Semoga perkongsian ini dapat memberi input seperti yang anda inginkan.
Pelajar-pelajar kulinari mahupun anda chef profesional memerlukan pemahaman asas berkaitan sejarah sesuatu asal usul masakan bangsa tertentu , hari ini Chef Obie ingin fokuskan kepada Bangsa India .
India yang kaya dengan budayanya termasuk dalam masakan tradisinya yang unik , enak , menambah dan membangkitkan selera , penggunaan rempah ratus yang banyak dan klasik.





Anda pasti suka makan masakan India? Masakan India sememangnya begitu popular di seluruh dunia. Tidak hairanlah jika kita boleh menikmati pelbagai jenis masakan India walau di mana jua kita berada kerana terdapat banyak restoran yang menawarkan jenis masakan ini di Malaysia. Masakan India begitu popular disebabkan oleh kehebatan rasa dan keunikan aromanya. Namun, di sebalik keenakkan itu sebenarnya rasanya tidak pernah sama kerana cara masakannya berbeza antara India Utara dan India Selatan.

Hidangan India Utara yang terletak di bahagian Utara India lebih banyak menggunakan hasil tenusu di dalam masakannya seperti susu, paneer, ghee dan dadih. Penggunaan bahan-bahan ini menjadikan hidangannya nampak lebih berkrim, berlemak dan kuahnya lebih pekat.
Manakala, hidangan India Selatan yang terletak di bahagian Selatan India lebih banyak menggunakan kelapa kerana sumber ekonomi di India Selatan khususnya Kerala ialah kelapa. Boleh dikatakan hampir semua jenis masakan India Selatan ada menggunakan kelapa tidak kiralah dalam bentuk santan, kerisik ataupun kelapa parut. Malah, mereka turut menggunakan minyak kelapa dalam menyediakan sesetengah jenis masakan untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan yang dimasak



Masakan India Utara juga terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja sehingga digelar sebagai "Raja Segala Herba" kerana menggunakan pelbagai jenis rempah ratus yang dicampur dan diadun sendiri untuk penjagaan kesihatan yang baik. Antara rempah yang sering digunakan adalah ketumbar, jintan manis, cili kering, kunyit, serbuk cili, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan garam masala (campuran kisaran jintan manis, lada hitam, bunga cengkih dan buah pelaga).
India Selatan pula kaya dengan hidangan nasi kerana India Selatan sebenarnya bukan sahaja dipenuhi dengan pokok kelapa malah ia juga kaya dengan sawah padi. Sekiranya datang ke India Selatan pasti kita akan merasakan seolah-olah berada di negara sendiri kerana ia menyerupai gambaran perkampungan di negeri Kedah yang mewah dengan sawah dan bendang. Malah, makanan utamanya juga tidak berbeza dengan makanan di negara kita. Perbezaannya adalah kuantiti dan keaslian rempah yang digunakan kerana ia ditanam sendiri. Dan kebiasaanya masakan India Selatan lebih menjurus kepada citarasa pedas dan lemak santan.
Keunikan masakan India ini bukan sahaja dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanannya sahaja. Keunikannya juga terletak kepada perkakas yang digunakan untuk memasak. Masyarakat India samada India Utara atau Selatan gemar menggunakan kadhai iaitu bekas yang diperbuat daripada logam untuk memasak. Ia mempunyai bentuk seperti periuk dan mempunyai saiz yang pelbagai untuk memasak hidangan sama ada untuk menggoreng, menumis dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga suka menggunakan ketuhar tandoor iaitu ketuhar yang diperbuat daripada tanah bersaiz agak besar untuk memasak. Ia menggunakan arang yang ditempatkan di dalam ketuhar tersebut sebagai agen untuk memasak makanan. Oleh kerana keunikannya, ia memerlukan beberapa teknik memasak yang perlu dipelajari sebelum menggunakannya. Pengendalian yang betul akan dapat memastikan makanan masak sekata, tidak hangus dan sebagainya.
Nyata sekali kelaianan yang ada di dalam dalam penyediaan sajian India Utara dan India Selatan samada dari sudut bahan, penyediaan dan proses memasak makanan telah menjadikannnya unik dan tersendiri.


Chef Obie menjadi guest chef untuk students semester 5
Bsc (Hons) Foodservice Management.
Fakulti Hotel Dan Pengurusan Pelancongan.
Terima kasih -
Dekan, pensyarah Cik Noriza dan En Nizam serta pelajar Group 1
Nurul, Mizah , Fatin , Alif dan Naim juga semua pelajar semester 5
yang memberi kerjasama yang baik pada Bie.
Pada hari tersebut :
Task pelajar bersama Chef Obie
menyediakan " Indian Cuisine "
1. Lamb Buryani
2. Prawn Vindaloo
3. Tadhka Dhall
4. Dosa / Dosai and Coconut Chutney
5. Rogan Josh
6. Chicken Tandoor
7. Naan bread and Mint Sauce
Kredit info Dari blog/web Chef Obie
Sebarang Urusan Berkaitan F&B boleh hubungi Pihak Chef Obie

No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...