Assalammualaikum wbt Kesayangan Semua
Hujung minggu hadir dengan bersemangat Korang Rasa Korang yg mana satu ? Sesekali kita tidak terlalu serious dan santai-santai aje....Faktor Lama Anda Berada Dalam Jamban
1.Toilet Selesa Rasa Rugi Kalau Keluar Cepat2
2.Lari Dari Masalah Boss / Isteri /Rakan Sekerja
3.Main Judi hp
4.Main Games hp
5.Cari ilham berkenaan Kerja & Kau Ilhamku Manbai
6.Persediaan Pengamal Santet
7.Setan jamban sebagai Bff
8.Jenis memerut & memulas sambil khayal
9.Hubungi scandalicous
10.Mengumpat cara makcik bawang milenia
11.Termenung manjang mikirkan bila nak naik Gaji
12.Lari Dari Cikgu Disiplin mahupun ketua kg
13.Pakse berrie banyak2 sebelum nak makan Sedap
14.Jangan tuduh yg bukan2 , Memang sejenis kalau berrie mesti ambil masa yg lama.
15 Sebab lama sangat menunggu nombor giliran diutc ,satu cara hilangkan boring
16.Mak atau isteri tegur , saya tengok awak jarang berak ni mesti kurang minum air dan tak makan buah ? Lalu awak pun duduk dlm jamban lama lama utk memuaskan hati Insan tersayang.
17.Lupa hari jadi isteri
18.Salah makan Salah kan perut meragam
19.Asal Berrie Lama Aje Ensem
20.Buasir yg tak boleh bawa bincang
It's up to you bro & sister...
Ok have a great day Senyum Itu Sedekah Merangkap Awet Muda Trang Tang Tang
Hilang Pekerjaan Hilang Mata Pencarian Akan Terbuka Peluang Rezeki Baru Untuk Anda- Chef Obie
Buntu Tidak tahu apa yang perlu dibuat setelah hilang pekerjaan hilang mata pencarian secara tiba-tiba akibat syarikat terpaksa gulung tikar?
Bertenang dan sabar duhai hati , Kerana sebelum ini anda tidak pernah terlintas untuk hadapi kehilangan pekerjaan @ karier dengan cara seperti itu.
Assalammualaikum wbt selawat dan selawat juga salam untuk junjungan mulia nabi Muhammad saw Ayuh bangkit kuatkan hati dan tanamkan semangat untuk redha menerima ujian tersebut dan terus kuat menjalani kehidupan dihadapan dengan hidup yang baru. Mohon kepada Allah swt agar Anda diberi ilham dijumpakan rezeki-rezeki yang terbaik dalam menjalani kehidupan dengan diberi nikmat rezeki yang berkat dan melimpah ruah
Keberuntungan tidak sama setiap dari kita , tapi nikmat susah , senang , sedih , kecewa ,pahit, gembira semua itu sama bezanya hanya persekitaran dalam kehidupan .
Anda mungkin diberhentikan kerja dengan wang pampasan , anda juga mungkin diberhentikan tanpa sebarang wang ehsan mahupun bantuan. Tapi dengan situasi itulah yang akan menjadikan anda seseorang .
Chef Obie hanya berkongsikan pandangan pilihan bagaimana cara anda memulakan karier baru dengan berniaga berasaskan makanan.Tolak tepi soal malu atau jauh dengan level kerja anda yang dulu, sekarang ini anda perlu berpijak dibumi yang nyata, hanya industri makanan yang aktif dapat membantu mereka diluar sana untuk sara hidup dengan cepat . Base kepada pengalaman Chef Obie membentuk , mengajar , perundingan makanan sejak 2012 hingga kini dan 3 tahun Sebelum wabak Covid 19 muncul sebenarnya telah ada lapangan kerja profesional iaitu dalam bidang kejuruteraan yang telah mula merundum dan membuang pekerja jurutera mereka , golongan profesional ini juga sungguh rasional dalam memikirkan hala tuju hidup dan karier mereka yang baru iaitu sebagai peniaga dan usahawan berasaskan makanan. Tahniah untuk anda anak didik Chef Obie !
Pilihan 1 Anda memulakan perniagaan dengan apa yang anda ada dan kos yang amat terhad
Pilihan 2 Anda memulakan perniagaan dengan kemampuan anda dalam merencana perniagaan dengan lebih proper, sama ada sewa premis , menggaji pekerja atau pembantu dan peri pentingnya bersedia pergi ke kelas masakan perniagaan yang anda akan pilih untuk ibu ilmu jangka masa panjang perniagaan anda yang disesuaikan dengan norma hidup hari ini.Kes yang ini anda ada kemampuan dari segi keewangan .
Jika anda dalam situasi Pilihan 1
Modal yang ada RM50 – RM100
Chef Obie beri Contoh , Anda telah membuat keputusan untuk berniaga Nasi Lemak
Mengapa Nasi Lemak sebagai pilihan ? Percayalah ramai mana peniaga nasi lemak diluar sana , di tempat tinggal anda,jangan risau, InshaAllah tetap akan ada rezeki dan pelanggannya tersendiri . Tapi perlulah nasi lemaknya sedap dan terjagalah hasil jualannya itu.
Maka terjadilah anda sebagai Saudagar Nasi Lemak. Anda mula bertanya ‘Aku tak pandai masak , dulu aku line leader kat kilang ,jawapannya aku perlu belajar dan perlu cuba memasak sendiri nasi lemak , perkongsian resepi nasi lemak yang percuma ada banyak di internet media social , Chef Obie juga ada kongsikan.Nanti boleh cuba , resepi nasi lemak dan sambal tumis yang sedap juga ada.
Tiba-tiba anda rasa susah hati pula , nak berniaga di mana yea ? di taman perumahan dah ada beberapa tapak rambo yang menjual nasi lemak senang kata ramailah yang berniaga nasi lemak, anda jangan susah hati anda sama sahaja seperti mereka yang lebih awal berniaga , anda carilah lokasi sedikit jarak dan selamat untuk pelanggan membeli , jangan pula buka payung atau khemah di atas jalan raya , tepi jalan dalam sikit , common sense aje. Depan bank pun boleh , atau buka bonet kereta on aje di lokasi yang anda rasa menarik dan sesuai , berniaga nasi lemak ni tidak semestinya waktu pagi aje , boleh juga berniaga waktu petang . Untuk permulaan jangan buat banyak-banyak sebab pelanggan tidak tahu lagi akan kesedapan nasi lemak anda itu. Bulan pertama
Setiap hari anda hanya buat 40 pax sahaja . Nasi Lemak Kosong atau Nasi Lemak Ikan Bilis atau Nasi Lemak Ikan Asin ( Buat satu jenis sahaja ) Modal pun limit kan. bermakna Anda hanya gunakan 4 kg beras setiap hari .daun pandan )
Masih dalam Pilihan 1
Chef Obie beri contoh yang lain pula, mungkin anda telah membuat keputusan untuk berniaga frozen food dan kuih frozen yang menjadi pilihan adalah Kuih Karipap Sardin. Ayuh dengan pantas cuba lah try and error perkongsian Video di you Tube dari Chef Obie “ Karipap Sardin “ yang telah membantu ramai orang diluar sana. Malah ada yang telah berkongsi pengalaman menggunakan resepi Chef Obie ini dalam diam telah Berjaya menjual dan mempunyai pelanggan tetap.baik berniaga kecil keilan , ambil tempahan , berniaga depan rumah , berniaga pasar malam . Alhamdulillah beliau berada di putrajaya ada dari Penang , Melaka , Kedah , Kl , Johor , Sabah dan Sarawak .Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika anda percaya kepada barang dangangan anda dan konsisten menjual dan mempromosi dengan cara sendiri. Tidak kisah anda jual dalam media social mahupun offline keduanya amat diperlukan.
Tanggungjawab sosial ini ikhlas dibawa oleh Chef Obie MGJ CONSULTANCY.
Pilihan 2
Sekiranya ingin lebih serious Chef Obie sukacita menggalakkan anda join Siri KELAS MASAKAN PERNIAGAAN BAKING DAN KOMERSIAL 2024
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2024 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2024 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
KURSUS 1 WESTERN FOOD
Yuran RM 1700 Normal , Yuran RM1500 Pesara / Ibu Bapa tunggal / Penjaga Oku
KURSUS 2 SATAY AYAM
Yuran RM 1700 Normal , Yuran RM1500 Pesara / Ibu Bapa tunggal / Penjaga Oku
Ibu kuah kacang marbeles
Ibu kuah kacang marbeles
Belajar membuat Ibu atau PES TOM YAM ala familymart
https://youtu.be/ZcM4ZpUAAdc?si=XYQdmNjkh7ssWFBV
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )
Semoga kembali ceria kepada hati-hati yang sedih , hari ini Chef Obie nak berkongsi sedikit ilmu , mudah-mudahan ada manfaatnya bersama.Chef pilih tajuk KARIPAP , memang lah command sangat kuih ni , tapi anda pasti ada yang tak tahu juga jenis-jenis karipap dan asal usulnya
Semoga bertambah sedikit lagi ilmu hari ni yea..
Jom layan..
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia,
Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa,
bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.
Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap,
adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.
Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut,
yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam.
Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.
Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.
Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff,
tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap.
Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap
dan curry puff tidak sama.
Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.
Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.
Karipap daging
Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.
Karipap ayam
Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.
Temosa/Karipap ikan
Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang
Karipap sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.
Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.
Karipap mini
Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.
Manakala untuk resepi Inti Karipap
Bahan
500 gm ubi kentang di buang kulit dan dipotong dadu kecil
3/4 cawan Air
1 paket Rempah Kari Ikan @ Daging
1 Biji Bawang Merah ( kisar )
2 sudu besar Udang Kering
sedikit daun sup dihiris
4 sudu besar Gula pasir
3/4 sudu besar Garam
1 sudu kecil perasa atau stok pati ayam
Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak , tumiskan bawang dan udang kering sehingga pecah minyak, masukkan rempah kari.Kacau mesra dan masukkan air.
2.Masukkan kentang dan biar mendidih, kacau perlahan-lahan.
3.Apabila hampir mengering , masukkan gula garam dan stok,kacau sehingga megering, taburkan daun sup kacau sebentar dan matikan api.
4.Sejukkan dahulu inti sebelum digunakan .Bagi mengelakkan karipap cepat basi atau rosak.
Sukacita Chef Obie kongsikan 6 Menu Masakan Belanda seperti Bitterballen , Dutch Buttercake , Hotspot , Dutch Oven Bread , Dutch Chocolate Mousse dan 'Demo' pada hari tersebut adalah Hussar Salad .
Chef Obie berpengalaman menyediakan menu antarabangsa seperti " Masakan Belanda " di era tahun 2001 / 2002 Karier Chef Obie bermula di Negara Belanda atau juga dikenali dengan Negara Holland atau Netherland. Kemudian kembali di Malaysia Chef Obie dilatih pula oleh 2 orang Sifu yang hebat iaitu Executive Chef William H Hewitt dan Executive Pastry Chef Golden Hand Mahmood untuk mendalami penyediaan masakan dan baking eropah- Belanda ini. Bersama mereka Chef Obie berpengalaman menyediakan hidangan masakan , pastry , bakeri dan konfeksi untuk VVIP luar negara mahupun tempatan .
Kembali kepada rasa antarabangsa Masakan Belanda Chef Obie. Tinggi harapan Chef Obie dan amat berharap penerimaan masyarakat tempatan Malaysia terhadap Masakan Belanda ini sama seperti penerimaan masakan barat yang lain seperti masakan itali , masakan uk dan us. Masakan Belanda popular dinegara jiran kita Indonesia, masyarakat umum faham akan sejarah Penaklukan Belanda di sana sehingga budaya masakan tempias dan mudah diterima.
Chef Obie Pasti kebanyakan rakyat negara kita belum pernah menikmati hidangan Belanda ini. Cubalah menerima pelbagai menu dan hidangan Masakan Belanda sama ada melalui media internet mahupun hadir ke kelas masakan khas Belanda ini. Masakan Belanda ini mudah disediakan dan sedap ! tidak memerlukan herba-herba yang banyak mahupun sukar untuk dicari penyediaan bahannya. Anda WAJIB cuba makan , cuba masak dan cuba baking .
Chef Obie juga ada kongsikan Resepi DUTCH BUTTERCAKE di You tube OBtv , Ia mudah disediakan selain sedap dinikmati dan boleh dijadikan jualan kepada baker-baker online tempatan boleh selit menu baru ! Boleh juga dijadikan sebagai kek Raya tahun ini.
Kepada anak didik Chef Obie di Semenanjung , Sabah Dan Sarawak , Terima kasih kerana sejak tahun 2012 hingga kini telah membawa ilmu masakan barat dalam perniagaan masing-masing. Semoga kalian terus maju jaya dan teruslah menggali ilmu masakan dan perniagaan mengikut kesesuaian ekonomi dan negara.
Chef Obie AKTIF mengadakan
1.KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL
2.KURSUS/PROGRAM UNTUK BAKAL PESARA
#chefobie #chefobiefnbconsultant #gunawan #illustrator #pelukisupahan #katakatabijak #katakata #katakatamotivasi #Soalan #ujiminda
No comments:
Post a Comment