Thursday, April 9, 2020

#StayAtHome : RESEPI CHEEZY POTATO WEDGES CHEF OBIE

#StayAtHome : RESEPI POTATO WEDGES DAN SOS CHEESZY CHEF OBIE

#StayAtHome protect your community agains COVID 19

Syukur Alhamdulillah , pagi Jumaat yang penuh keberkatan  ini Chef Obie sukacita ingin kongsikan satu resepi yang mudah dan sedap , baik yang muda mahupun yang vateren InshaAllah suka. Kite terus ke resepinya , Sila sharingkan panjang-panjangkan resepi bermanfaat ini kepada mereka yang memerlukan.



Bahan untuk potato wedges:
7 biji kentang potong wedges
7 sudu besar tepung gandum ,
3/4 sudu kecil serbuk lada hitam,
1 sudu besar tepung jagung,
1 sudu kecil lada sulah,
1 biji Telur gred c ,
Serbuk stok ayam dan garam secukupnya
Air secukup untuk rebusan.
Setitis pewarna kuning telur
Cara Penyediaan :
1.Bersih dan cuci kentang tanpa membuang kulit dan dibelah mengikut potongan wedges.

2.Kemudian didihkan air secukupnya masukkan sedikit garam dan rebus kentang sehingga empuk,

#tipschefobie Sila pastikan air mendidih terlebih dahulu , baru masukkan kentang.

3.Kemudian angkat dan Toskan kentang dari air rebusan dan biarkan ia sejuk.

Untuk Salutan Kentang -


1.Sebelum digoreng , Buat bancuhan kentang - campurkan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, serbuk stok ayam, telur , pewarna kuning telur dan garam .Salutkan bancuhan pada kentang dan gorenglah ( deep frying ) sehingga warna keperangan.




Resepi Sos Cheeszy
Bahan :

500 ml Whiiping Cream atau Cooking Cream
100 gm Keju Parmesan
3 keping Keju Chesdale
1 sudu kecil Serbuk Stok Ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada Hitam
Garam secubit atau 1/2 sdt
Pewarna kuning/oren
Air sekiranya perlu
Cara Penyediaan :
Panaskan whipping cream dalam pot, kacau menggunakan whisk.pastikan jangan sampai mendidih,


masukan keju parmesan dan kepingan keju chesdale kacau sehingga bahan mesra,pastikan api kecil sahaja sepanjang membuat sos cheesy wedges ni...


Masukkan ke semua bahan kering dan pewarna secukupnya,kacau sebentar matikan api.sekiranya terlalu pekat ..boleh tambahkan sedikit air. Siap untuk dihidang bersama potato wedges kite yang dah siap digoreng tu...


Korang boleh paipkan atau tuang sos cheezy ke atas potato wedges yang telah digoreng juga hiaskan dengan sedikit mayonis dan lada hitam.Selamat mencuba . Resepi ini telah chef obie kongsikan berulang kali semenjak 2014.





Kepada yang Tinggal Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi Korang boleh alert untuk tempahan Hidangan " MENU HOMECOOK " Berbuka Puasa . kami amat prihatin dalam keadaan PKP . Perkhidmatan delivery tersedia ada.

Pihak Chef Obie & Team Aktif Menerima Tempahan Menu Berbuka Sepanjang Ramadhan . Dengan Pelbagai Menu Termasuk Set Hidangan Dulang. Untuk Info Selanjutnya Boleh Hubungi :







  Area Ampang , Kuala Lumpur , Damansara , Petaling Jaya Dan Bangi sahaja Pihak chef Obie & Team Cover . Jangan segan-segan contact kami. Okay layan.. Sabyan dulu





No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...