#StayAtHome : RESEPI SERI MUKA CHEF OBIE
Assalammualaikum wbt semua,
#StayAtHome protect your community agains COVID 19
Syukur Ke hadrat Ilahi , kite masih diberi peluang menghirup udara yang percuma , menjalani rutin harian dan mampu untuk muhasabah diri di waktu PKP ini.
Anda tak perlu susah hati sangat kalau nak buat kuih " SERI MUKA" ni sebab..chef obie kongsikan cara yang simple..dan cun kejadiannya InsaAllah, Semoga Anda yang tercari-cari resepi Kuih tradisional ini dapat membuat dengan cantik dan sedap !
Doakan..kesihatan & kemurahan rezeki chef obie yea...kecil sahaja perkongsian ini, tapi mengharap manfaat yang berterusan kepada yang memerlukannya.
Jom kite terus ke resepi Seri Muka chef obie...
Bahan Utama
500gm Beras Pulut Susu
900ml-1 liter Air
1 paket Santan Emma
4 sdb Minyak Kelapa Medetop
1 sdt Garam Kasar
Seiikat daun pandan
900ml-1 liter Air
1 paket Santan Emma
4 sdb Minyak Kelapa Medetop
1 sdt Garam Kasar
Seiikat daun pandan
Cara Penyediaan:
1.Masukkan dlm pot rice cooker,masuk semua bahan.tanak seperti nasi Putih,simple Tak payah Kukus pulut.ni Cara bizz.Cara chef Obie
2.Setelah Masak ,pindahkan pulut ke Dlm loyang yg tlh dilapik dgn plastik Dan sapuan Minyak, Padatkan permukaan pulut.
Bahan Atas
160gm Tepung Gandum
6 sdb Tepung Ubi
4 biji Telur
800ml Air kisar daun pandan ( 8 helai daun pandan tua )
2 paket Santan EMMA
180gm Gula Pasir
1 sdt Garam
6 sdb Tepung Ubi
4 biji Telur
800ml Air kisar daun pandan ( 8 helai daun pandan tua )
2 paket Santan EMMA
180gm Gula Pasir
1 sdt Garam
Cara Penyediaan:
1.Satukan ke semua bahan diatas dlm blender,blender sebati.Kemudian Masak dlm pot & kacau konsisten sehingga adunan memekat matikan api.( gunakan whisk ).
2.Tuang adunan ke atas permukaan pulut dlm loyang yg telah diletak dlm pengukus yg mendidih.
3.Tutup pengukus,Kukus selama 20 minit shj.buka penutup & matikan api.
Facebook : chefobie untold
Instagram : @chef_obie_official
Page Diari Kelas Chef Obie
Page Smallplate Chef Obie
KELAS MASAKAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI
Menjadi Pilihan Para Peniaga Dan Usahawan Makanan Semenjak 2012 hingga kini.
#talam #serimukapandan
#serimuka
#resepiserimuka
#chefobie #kelasmasakanperniagaan
No comments:
Post a Comment