Wednesday, August 19, 2026

CARA BUAT BAN MANIS UNTUK JUALAN- Chef Obie

  CARA BUAT BAN MANIS UNTUK JUALAN- Chef Obie



Salam hujung minggu , Alhamdulillah Chef Obie masih diberi kesihatan yang baik , rasa bersemangat , ceria dan paling penting masih ada rasa ingin berkongsi ilmu kepada umum dan diberi peluang untuk berkarya , waima perkongsian resepi ulangan akan tetapi dalam versi gambar yang baru , pada tahun-tahun perkongsian dalam Majalah Aroma Chef ada kekurangan dari segi teknikal tiada simpanan gambar waktu itu .Maklumlah waktu itu hp tidak sofistikated macam hari ini , chef ada gunakan kamera digital lumix leica tapi dah rosak apa pun musnah memori yang ada dalam kamera tersebut.

Hari ini Chef akan kongsikan salah satu resepi yang telah disematkan dalam Majalah Aroma pada tahun 2012 terbitan Suri Media dan editor Majalah Aroma adalah Cik Siti Dimiati , Kak Za juga bersama teman-teman wartawan seperti Cik Akmar Jamaludin & photoghrapernya Faris Elazar. Banyak kenangan Chef Obie bersama mereka. Apa pun jom layan ....Cara Buat Ban Manis Chef Obie sesuai untuk akak-akak dan abang-abang baker berjualan secara kecil-kecilan

Bahan Utama ( 22-24 biji ban manis )

700gm Tepung Roti High Protein

1 1/2 cawan Susu Full Krim

3 biji Telur

1/2 cawan Gula Pasir

2 sudu makan Tang Zhong

2 sudu makan Starter

1 paket Yeast ( 11 gm )

1 sudu teh Garam

Sedikit pewarna kuning telur

1/2 cawan Marjerin @ mentega dicairkan

Topping - sapuan marjerin dan sedikit minyak masak , Hirisan badam , pumpkin seed , black sesame dan gula pasir

Cara Penyediaan

1.Dalam satu bekas bowl atau jug sukatan , masukkan susu , telur , gula , pewarna , yeast dan garam - kacau mesra sebentar , kemudian wrapping atau tutupkan sehingga cecair berbuih dan berganda. ( kebiasaan 15-20 minit )

2. Setelah bahan cecair berbuih dan bau yeast muncul tuang ke dalam bowl satukan bahan seperti tepung .

3. Jika guna mixer , pukul adunan dengan kelajuan medium. Jika uli dengan tangan uli perlahan lahan tapi konsisten sehingga adunan tepung dan cecair bersatu menjadi doh.

4.Setelah menjadi doh tapi belum lagi doh menjadi elastik , masukkan 1/2 cawan marjerin atau mentega yang telah dicairkan dan teruskan uli sehingga doh licin dan elastik , jika uli guna tangan cukuplah sekadar doh kemas walau tidak berapa elastik.

5. Doh di rehatkan dan sila wrapping dengan cling film atau sebarang jenis plastik ( tutup kemas untuk memastikan doh berganda jadinya ) lebih kurang 30-45 minit . Chef akan letak dalam tempat yang sedikit suam dan panas untuk memastikan cepat doh untuk berganda besarnya.


6. Setelah doh berganda saiznya , sentuh dengan kasih sayang jangan sesekali di tepuk kuat dohnya , biar kan yeast yang sedang bangkit dan hidup dalam doh menikmati sentuhan jari jemari anda untuk menghasilkan ban manis yang cantik . Sila timbang doh 60gm dan bebolakan doh susun dalam paper cup atas loyang pembakar.


7. Setelah siap di timbang setiap doh 60 gm , sila tutup permukaan doh dengan plastik. rehatkan sekali lagi doh supaya berganda saiznya . ( kebiasaan 30-45 minit )

8.Setelah doh berganda , sila buat sapuan telur bercampur dengan sedikit minyak masak dipermukaan doh.


9.Akhir sekali taburkan gula , hirisan badam , pumpkin seed dan black sesame





10. Panaskan oven 10 minit awal terlebih dahulu sebelum bakar ban manis , pada suhu 170-180 masa 30 minit ( masa dan suhu bergantung kepada oven masing-masing ) ada yang selesai dan siap dibakar pada masa 20 minit.



11. Apabila telah siap dibakar , keluarkan dari oven biar sejuk diluar , sebelum terus dibungkus dalam plastik clear. Ban Manis boleh dijual sebiji RM2 - RM2.80 , Chef Obie jual pada harga RM2 sahaja , kebiasaan mendapat tempahan infaq / sedekah untuk diagihkan kepada orang awam atau yang berkenaan .


Semoga perkongsian resepi ban manis Chef Obie di Majalah Aroma ini setelah diulang tayang  , dapatlah sedikit sebanyak menambahkan lagi ilmu bread making anda . Chef Obie ingin berterima kasih kepada editor majalah Aroma Cik Siti Dimiati yang suka memberi peluang kepada pihak chef berkongsi sesuatu dalam majalah untuk dikongsikan kepada  umum. 


Editor Majalah Aroma Cik Siti Dimiati bersama DSN
























Antara Subjek Pilihan surirumah dalam Mobile Cooking Class Chef Obie 2025

Bawah Tajuk :
Aneka Kek ,Pastri , Bakeri & Konfeksi 2
Yuran RM5000
* Yuran Untuk 1 Set Menu
1.Kelas Buat Sourdough Bread , Focaccia ,Ciabatta ,Pizza & 'Stuffing' Chicken Dan Dressing
Durasi Kelas : 2 Hari
Intipati :
Penyediaan sourdough bread,focaccia,ciabatta& dough pizza dengan berkesan
Penyediaan "Stuffing" Chicken bersama marinated juga beberapa jenis dressing yg sesuai dinikmati bersama.Merupakan citarasa keluarga eropah & US.
2.Kelas Buat Sourdough Bread , Focaccia ,Ciabatta ,Pizza & Meatloaf With Mash Potato Juga Gravy
Durasi Kelas : 2 Hari
Intipati :
Penyediaan sourdough bread,focaccia,ciabatta& dough pizza dengan berkesan
Penyediaan miss en place meatlove bersama bahan saute istimewa .dibakar pada masa yng ditetapkan dinikmati bersama mash potato dan gravy.Merupakan citarasa keluarga eropah & US.
Surirumah a.k.a Pelajar akan dapat :
1 x Sijil
Standardize Resepi
Tiada Caj Pengangkutan & Penginapan Dikenakan
Chef Obie & Team akan datang mengajar ke lokasi pelajar seluruh Semenanjung Malaysia
✅
Pelajar Wajib Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% RM 3500 daripada Jumlah Penuh Yuran
( RM5000 )
ke salah satu akaun pilihan

MAYBANK 151409098193
atas nama
Muhamad Gunawan Jamil
ATAU
Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY
Bank Islam No akaun 12122010028739
Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie atau wakil MGJ CONSULTANCY
di bawah ini sama ada melalui whatsapp atau call
Baki Yuran 30% RM1500 Perlu diselesaikan Pada Hari kelas diadakan
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )

Chef Obie MGJ CONSULTANCY
email : gunawan.jamil@gmail.com

Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )
Berpengalaman menghidangkan menu-menu pelbagai jenis masakan tempatan dan luar negara , pastry , kek,bakeri & Konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi & Sultan Brunei juga VIP & VVIP Malaysia yang lain , juga merupakan anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod & Executive Chef William H Hewitt - Wimbledon , juga berpengalaman mengurus dan memasak untuk 20 , 000 pax & yang berkaitan dengan industri F&B. Pelbagai testimoni pelajar berjaya dalam menjalankan perniagaan makanan tempatan dan luar.


Chef Obie MGJ CONSULTANCY
http://www.wasap.my/60172260719

email :
gunawan.jamil@gmail.com


No comments:

Post a Comment

“Hilang Kerja, Jumpa Rezeki Baru”

  “Hilang Kerja, Jumpa Rezeki Baru” Bangkit Selepas Hilang Pekerjaan Buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat setelah hilang pekerjaan sec...