Saturday, June 3, 2017

Resepi Biskut Raya Popular di Malaysia , Indonesia & Brunei Dan Singapura

Dah masuk Ramadhan 8 , masih di ICU / CCU Hospital Banting .
Hari ni kakak & abang noor family dah gerak bvalik ke Jitra , Kedah .
Corum dah tak cukup untuk adik beradik chef...

*Doa untuk kesihatan mak chef sentiasa tidak putus.

Hari ni chef dah mula ade hati nak kongsikan RESEPI-RESEPI BISKUT RAYA....ahaks


RESEPI BISKUT SUJI @ ARAB 

Bahan-bahan


200 gm mentega
50gm Minyak Sapi
60 gm tepung gandum
40gm tepung susu
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm Serbuk Badam
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara Penyediaan :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan minyak sapi ,semua jenis tepung dan serbuk badam. Gaul rata.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya.




6. Bakar Pada suhu 150'c 28-25 minit @ hingga masak.

Kepada Anda warga Indonesia , Brunei Dan Singapura JUGA  kini BOLEH memiliki ebook resepi-resepi masakan , kek , pastri dan bakeri chef obie

pada harga yang berpatutuan dan pilihan yang menarik

sila klik link diberi ini

No comments:

Post a Comment

Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024

  Karikatur , Naive Dan Kartun Pilihan Seni Lukis Chef Obie 2024 Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Setiap dari kita diberi pengalaman &...