Wednesday, December 27, 2017

Borak Santai Chef Obie Hujung Tahun 2017 : DIET DAN PENYAKIT KANSER Bahagian 1

BORAK SANTAI CHEF OBIE HUJUNG TAHUN 2017 : DIET DAN PENYAKIT KANSER bahagian 1

Dunia belum berakhir " Be stronger than yesterday , jadikan hari-hari anda dipenuhi dengan bunga-bunga, walau mungkin bunga yang berbeza-beza,cuba maintain positif , mungkin tak banyak perubahan dapat dilakukan at least mencuba ! because why? Becauce everyday brings new choices and brings new hope  

Be Confident Be Bold "- chef obie



Salam hujung tahun 2017 netizen , 

chef obie doakan semoga segala perancangan peribadi anda dihujung tahun bersama family mahupun teman-teman lancar .Kepada yang masih tidak berpeluang bercuti bersama family mahupun teman-teman ..teruskan dedikasi anda kepada company dan negara .tanpa anda kelancaran dan aktiviti dalam masyarakat juga pasti terganggu.Giliran anda bercuti pasti tiba..so stay cool and enjoy with your responsibility for company and country.Love you guys...
Pagi ni chef obie nak borak-borak dan berkongsi info yang pasti tidak ramai ingin ambil tahu dan tidak mempedulikannya.Walau dalam masyarakat kite isu ini perlu sangat dan wajib anda turut ambil tahu dan patut berasa bertanggungjawab bersama untuk tahu dan kongsikan kepada umum.


Isu " DIET DAN PENYAKIT KANSER" mungkin diri kite tidak menghidapi penyakit kanser ini , tapi ada kemungkinan ia ada dalam diri anda dan sedang bermula atau mungkin sudah kritikal yang anda sendiri tidak ambil tahu? mungkin ada dikalanagn saudara anda sendiri mahupun dikalangan kawan dan sahabat anda yang dalam diam sedang berusaha dan bertarung dangan penyakit ini.


Chef obie bukan doktor ,tapi pengalaman profesional dalam industri penyediaan pelbagai penyediaan makanan termasuklah penyediaan makanan untuk pelbagai diet pesakit , ia turut membantu selain chef obie berkawan dan bercampur dengan pakar diet pemakanan dalam perbincangan dan menu-menu creation yang chef obie creat untuk penggunaan profesional consultation dan sebagainya.


Kite kembali kepada tajuk diatas -chef obie nak jelaskan kepada anda , 
Betapa peri pentingnya PEMAKANAN YANG SEIMBANG DAN NUTRIEN YANG MENCUKUPI untuk diri kite seharian.
Jika kite , atau anda menghidapi PENYAKIT KANSER , anda perlu INGAT , anda SANGAT  memerlukan makanan yang TINGGI KALORI DAN PROTEIN ini semua bagi memastikan tahap kesihatan anda pada tahap yang Optimum dan Diri Anda Perlu Kuat !
Kenapa ANDA PERLUKAN pemakanan yang TINGGI KALORI DAN PROTEIN ? Anda perlukan pemakanan TINGGI KALORI DAN PROTEIN supaya anda TIDAK MUDAH LEMAH daripada Tiada tenaga , Tiada upaya untuk menghadapi sepanjang PROSES RAWATAN KANSER.
Perlu INGAT , Anda juga MUDAH DAN BERISIKO DIJANGKITI KUMAN .Jadi Anda Perlu sentiasa BERTENAGA DAN KUAT !

Chef obie juga suka sangat MENGINGATKAN KEPADA ANDA yang menghidapi penyakit kanser ini selain menitik beratkan pemakanan , Anda juga Sangat-sangat WAJIB menitik beratkan kekuatan ROHANI, semangat anda perlu berada pada TAHAP OPTIMUM juga, sentiasalah BERTINDAK POSITIF , SENTIASA POSITIFKAN DIRI , SENTIASA BAHAGIAKAN DIRI , SENTIASA SEGAR DALAM TINDAKAN SEHARIAN...SENYUMAN TU JANGAN LUPA SENTIASA TERUKIR..kalau dah senyum sorang -sorang tu dah kenape???heee..its ok..yang membahagiakan diri kite adalah kite sendiri!kredit untuk Anda !




Chef Obie juga suka Sangat berpesan Dan MENGINGATKAN kepada Anda Pesakit Kanser , HENTIKAN PEBRET ANDA YANG SUKA MAKAN "JUNK FOOD" SAY NO TO FAST FOOD OKAY..SAY NO TO MC DONALD..NO MORE DOUBLE CHEESE BURGER , NO MORE BURGER , NUGGET ETC, AIR COKE ATAU SEBARANG JENIS AIR BERKARBONAT SAY NO..MAKANAN BERGRILL BERKARBON..SAY NO TO SATAY BAKAR..BURGER BAKAR..SEAFOOD BAKAR SEAFOOD REBUS ( mostly seafood tidak sesuai, ada yang sesuai ) ...melainkan makanan seperti burger atau satay dibuat secara sihat dan homemade dan tidak dibakar secara karbon anda masih boleh menikmatinya ...my pleasure..


MENGAPA ANDA MEMERLUKAN PROTEIN DAN KALORI YANG MENCUKUPI ?

1.Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh badan Anda.
2.Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
3.Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
4.Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai dan ideal untuk Anda.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIET TINGGI KALORI DAN TINGGI PROTEIN?

chef obie nak jelaskan Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.Info Di bawah ini sebagai 
CONTOH:
MAKANAN TINGGI KALORI
MAKANAN TINGGI PROTEIN
·         Nasi Goreng/ Beriani/Lemak
·         Mee Kari/Bandung/Laksa Johor
·         Roti Canai/Roti Murtabak/Tosai/Bom
·         Bubur Kacang/Jagung/Cha-Cha
·         Puding Bersusu/ Puding Karamel/Kek
·         Ais Krim/ Cendol/Abc/Lai Chee Kang
·         Sup Berkrim-Cendawan/Ayam
·         Susu Penuh Krim/Minuman Bersusu Dan Minuman Formula Khas
·         Ikan/ Ayam/Daging
·         Susu Dan Hasil Tenus
·         Telur
·         Kekacang Dan Hasil Kekacang
Seperti Kacang Dhal, Kacang Hijau, Kacang Merah, Tauhu, Tempe Dan Lain-Lain.

senangkan..dah boleh bayangkan menu-menu yang sesuai dan bolehlah anda palnning menu hidangan harian. diatas ni adalah contoh yangg mudah sahaja, anda juga boleh mencuba menu hidangan lain selagi ia menggunakan bahan mentah yang sesuai untuk anda seperti diatas...chef obie akan kongsikan 
TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN DI DALAM HIDANGAN ANDA...

pada posting..yang akan datang..InshaAllah..kerana..posting borak santai ini merupakan bahagian 1 daripada perkongsian asas pengenalan...walaupun ia bukanlah sepenuhnya info yang complete.Walaubagaimanapun..semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi sedikit impak yang positif kepada kita semua..

chef obie mohon maaf sekiranya ada kekurangan , Yang Baik sila ambil sebagai teladan dan dipraktikkan DAN KONGSIKANLAH BERSAMA.


1.    chef obie menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat ..dengan penggunaan bahan mentah yang terserlah KEBAIKANNYA PADA TUBUH BADAN...chef obie pengguna tegar MINYAK KELAPA MEDETOP ( CCO ) DAN MINYAK KELAPA DARA MEDETOP ( VCO )...akan chef kongsikan kebaikan..penggunaan minyak ini dalam setiap hidangan masakan kite seharian ....





No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...