Wednesday, March 22, 2017

MASAKAN BERASASKAN AYAM : AYAM TALIWANG

Kita di Malaysia mungkin agak tidak biasa dengan satu menu dari seberang ini , ia merupakan menu berasaskan ayam yang dipanggang dan amat popular di Lombok , Indonesia.
Iaitu AYAM TALIWANG !
Kalau dihotel , sekiranya tema masakan banquet merupakan Masakan Indonesia pasti chef obie akan selitkan menu ini. Ia mudah dan amat menyelerakan kepada sesiapa sahaja yang terpandang dan aroma nya yang harum.
Jadi anda semua bolehlah mencuba resepi ini...
chef obie cuba berkongsi resepi dan menu " Masakan Warisan Nusantara sepanjang tahun ini " 

Sekiranya ANDA ingin mempelbagaikan lagi resepi-resepi masakan yang menarik dan sesuai untuk di niaga atau dikomersilkan sila ke link yang diberi dibawah ini.


FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com



 gambar courtesy google

MASAKAN WARISAN NUSANTARA :

AYAM TALIWANG

Bahan Utama :

1 ekor ayam kampung 
Sedikit minyak masak untuk sapuan pada ayam

Bahan Akhir :

2 sudu besar Perahan Jus Limau Nipis

Bahan Kisar: 

2 sudu besar Ketumbar , Jintan manis
5 btg cili merah dikisar
5 btg cili api dikisar
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 biji tomato merah
1 inci Belacan
1 inci kencur ( bahan penting , anda perlu dapatkannya )
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai ( muda )
1/2 cawan minyak untuk menumis


Cara Penyediaan : 

1. Pnaskan minyak , tumiskan ke semua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyaknya . Tumis pada api sedrhana .

2.Akhir sekali sebelum matikan api , masukkan perahan jus limau nipis dan diangkat sejukkan diluar.

3.Ayam dilumurkan dengan minyak masak terlebih dahulu , panggang atau bakar dahulu ayam kampung ini sehinggan keperangan .

4.Ayam dikeluarkan sebentar setelah keperangan , ayam perlu di cucuk dengan lidi satay atau pencucuk , cucuk dibahagian dada , peha dan kheel , Sapukan dengan bahan tumisan Taliwang , sapu atau lumurkan selruh bahagian ayam , biar 10 minit sebelum dipanggang atau dibakar .

5.Pangang sehingga masak mewangi mengeluarkan aroma Ayam Taliwang.

6.Ayam Taliwang ini boleh dinikmati bersama sambal penyet , salad dan keropok malinjo bersama nasi putih dan kicap manis.



No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...