Tuesday, March 21, 2017

RESEPI ANEKA NASI : Nasi Tomato Ala Chef Obie

Dalam sajian Nasi Tomato , pastinya lawan lauk pauknya seperti 
Ayam Masak Merah adalah yang paling sesuai :
Tapi dalaqm pada itu , lauk ayam nya juga boleh dipelbagaikan selain Ayam Masak merah yang telah sedia command ! Contohnya anda bolehlah mengganatikan kepad Masakan Ayam Tomato , Ayam Masak Berlada , Rendang Ayam , Ayam Masak Bali , Ayam Kalio mahupun Gulai Ayam dan Ayam amsak berempah.
Dipadankaqn pula dengan Jelataah Mentah @ atau acar mentah Dan papadom..pergh..pasti terangkat..selera.

Dibawah ini chef obie kongsikan satu resepi yang sesuia dimasak pada cuti sekolah ini ! Selamat mencuba- kepada anda yang ada Instagram atau Facebook Bolehlah follow chef obie 

FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com
chefbiskut.blogspot.com

Gambar Courtesy Google 
RESEPI ANEKA NASI 

Nasi Tomato Ala Chef Obie
( 30 - 35 orang makan )


Bahan Utama 


3 kg Beras Wangi @ Biasa

Bahan Tumis

7 biji Bawang Shallot di mayang
1 biji Bawang Besar kisar
5 ulas bawang Putih kisar

3 biji tomato dipotong kiub
1/2 inci Halia Kisar
1 cawan Tomato Puree
4 helai Daun Pandan
1 1/2 senduk Minyak Sapi @ Marjerin @ minyak masak
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
3@4 sekawan ( kalau x cukup sifat pun x ape..yg penting kayu manis atau bunga lawang ada )
3 kiub pati ayam
Gula garam sebagai perasa
1 cawan susu cair
Air secukupnya

Bhn Hiasan - Kismis golden / hitam , bawang goreng / daun ketumbar dimayang

Cara Penyediaan : 

1.Cuci Beras dan Toskan air.Masukkan dlm Periuk Nasi

2.Bhn Tumis - Panaskan minyak sapi @ marjerin @ minyak masak , masukkan daun pandan , 3@4 sekawan dan bawang yg dimayang, tumis hingga garing keemasan dan wangi.

3.Kemudian masukkan bahan kisar tumis didih , tuangkan tomato puree, susu cair, serbuk kunyit , kiub ayam , gula dan garam.Biar reneh seketika.

4.Matikan api, tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi nasi.

5.Gaulkan mesra dgn beras yg telah ditoskan.Masukkan air secukupnya.Pastikan sukatan paras air seperti menanak nasi putih.

6.Masak @ Tanak nasi.

7.Apabila nasi telah masak , gembar gemburkn nasi dgn chopstik atau spatula.Masukkan kismis. Biar 5 minit dan boleh dihidang. Dan taburkan bhn hiasan




Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah

No comments:

Post a Comment

Tempahan Kek Popular Di Ampang

Testimoni Terkini : 17 / 9 / 2018 Alhamdulillah, Pagi tadi dapat Komen.. Very very thank you ,kpd akak yg berjaya paksa chef b...