Tuesday, March 21, 2017

RESEPI ANEKA SOTONG : Sotong Bakar Dan Air Asam Telok Panglima Garang Ala Chef obie

Peminat makanan berasaskan laut atau seafood bolehlah mencuba resepi sotong bakar ini yang istimewa daripada chef obie dan telah dikongsikan dalam satu majalah masakan popular tempatan.
Selamat mencuba

gambar courtesy google

RESEPI ANEKA SOTONG :

Sotong Bakar Dan Air Asam Telok Panglima Garang Ala Chef Obie
( Resepi Ini Telah dikongsikan dalam MAJALAH SAJI 2014- Dengan Nama Resepi Sotong Rendam Panglima Garang )

Bahan Utama

2 ekor sotong saiz besar ( dikelar dan dibuang tulang dan dakwat sahaja )
1 sudu besar Serbuk Kunyit + Sedikit Rempah Kari Ikan + 1 sudu kecil Garam

Cara Penyediaan :

1.Sotong dilumurkan dengan semua bahan diatas dan dibakar pada api besar , Bolak balik apabila kulit sotong sedikit hangit. Dan siap untuk diangkat.



Bahan Air Asam 

1 cawan Air asam jawa pekat
1 batang Cili merah dimayang
4 batang Cili api dimayang
2 sudu besar sambal belacan
2 biji tomato dihiris atau dipotong dadu
1biji bawang Holland dihiris
Daun ketumbar
2 biji limau kasturi
Sedikit Hirisan Daun Ketumbar
Gula dan garam

Cara Penyediaan :

 1.Didihkan Air asam . Matikan api dan satukan ke semua bahan dan siap untuk di nikmati bersama sotong bakar Telok Panglima Garang !


Untuk mendapatkan resepi terkini sila klik link dibawah


57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017

FB : chefobie untold
IG : chef_obie_official
whatsapp : 0172260719

website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com ( Utama- profesional )
chefobie.blogspot.com ( coretan peribadi )
sajianlazat.blogspot.com


chefbiskut.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025

  CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera ,  Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...