Malaysia Selebriti Chef , Profesional Chef , Duta Produk @ Product Ambassador , Penulis Buku Masakan &Properties Advisor For Hotel & Resorts ./ FB : chefobie untold IG : chef_obie_official email : gunawan.jamil@gmail.com malaysiapropertiespure@gmail.com Blog utama : chefgunawanmalaysia.blogspot.com chefobie.blogspot.com ( coretan personal ) sajianlazat@blogspot.com chefbiskut.blogspot.com Hotline : 0172260719
Sunday, December 29, 2013
dari dapur kecilku
Tajuk : Spice Mixtures @ Rempah Ratus Campuran
Assalammualaikum wbt,
Semoga hari ni memberi satu dalam sejuta perasaan segar ,
ceria walau ada antara kite diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
harap bersabar ye..tak kire lah masalah tu besar atau kecil..
InsyaAllah kite hadapi aje ..usaha kearah kebaikan lebih baik daripada tak melakukan sebarang tindakan yang baik,
sedihnye apabila sebilangannye daripada kite ni suke nak merungut komplain dan sentiasa rase tidak puas hati dengan kehidupan dan kemudahan yang Allah beri percuma kepada kite selama ni...
Nauzubillah hi minzalik! Jauhkan lah sifat-siaft tak elok ni daripada diri kite… bie cakap untuk diri sendiri juge..juge untuk semua.Jangan ambil hati!Bie ni manusia biase penuh kekurangan..cube perbaiki diri juge.
Berbalik kepada tajuk utama yang akan bie huraikan “ SPICE MIXTURES” ATAU Rempah Ratus Campuran ,Ia akan mengambil mase beberapa hari untuk bie kongsikan kepada anda semua, tidak kirelah info ini untuk pelajar sama ada pelajar IPTA, IPTS, Kolej- kolej Komuniti , Akademi Masakan , Surirumah , pengkritik makanan, blogger- blogger, pengusaha makanan , tukang masak professional, chef-chef dan tak kire la siape sahaje.
Apabila kite sebut aje rempah ratus, pasti terbayang sacara automatic kat minda-
Rupe rempah kari, rempah kurma , serbuk cili , serbuk kunyit , serbut jintan manis, jintan putih , lada hitam , halba , ketumbar , biji sawi dan banyak lagi.
Jelas menunjukkan anda memang peka dan tahu serba sedikit rempah ratus walau mungkin anda tak berapa mahir menggunakan bahan-bahan ni dalam masakan.Tak mengapa bie nak beri kredit untuk anda semua kerana sedikit sebanyak tahu apa itu rempah ratus.
Spice Mixtures atau rempah ratus campuran
Ialah Penggunaan gabungan pelbagai jenis Bahan-bahan rempah kering atau dalam keadaan segar dalam menghasilkan sesuatu masakan yang berasaskan rempah ratus sehinggalah untuk menghasilkan minuman. Seperti membuat asas Rempah Kari untuk memasak lauk kari,Bahn Rempah ratus untuk BBQ ,Benggali 5 spice, Flavouered aromatic oils , cuka , Spice drinks , kek dan pastry ( sweet spice mixtures ), African spice mixtures , Sambal, Spice paste, Masala dan banyak lagi.
InsyaAllah akan Bie kongsikan yea..
Curry Powders @ serbuk kari
Perkataan kari ni asalnya daripada perkataan Tamil – Karhi, bila dah lame disebut bunyinye jadi kari.kire begitu lah asal sebutan kari.Penggunaan rempah ratus yang kaya seperti sebuk kari ni amat meluas.Sejarah asal usul kari ni menjadi popular sampai keseluruh dunia adalah ketika zaman para pedagang dan askar @tentera dari India telah membawa dan memperkenalkan penggunaan rempah ratus ni dalam masakan kepada masyarakat ketika itu.
Rempah Kari ini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, penggunaan yang meluas menjadikan rempah ratus ni komersial secara langsung dari segi penggunaan dan rasa menjadi lebih menarik dan ada yang masih mengekalkan rasa asli Autentik!cewah sejak dua menjak ni suke guna perkataan autentik..terpengaruh dengan iklan kat tv la tu…
Rempah Kari dihasilkan dengan pelbagai penggunaan rempah ratus berbeza , kombinasi dan penggunaan rasa mengikut bangsa yang berlainan. Apabila rempah kari ni dibawa merentas pelbagai benua ..
citarasa juga diubah mengikut kesesuaian.jadi rempah kari yang kebanyakan ada dipasaran kite, kat pasaraya dan kedai runcit tu kebayakkannya dah tiada rasa asal atau keaslian tradisi rasa kari dari india utara mahupun selatan,rase autentiknye kureng la kat sini, tapi kite masih boleh dapat merasa kari asli, yang terdapat direstaurant asli india yang menyediakan cara masakan dan penggunaan rempah kari asli ni.Jangan risau Bie akan kongsikan resepi membuat rempah kari yang autentik! Autentik lagi…
Cara memasak rempah kari juga berbeza, contoh bagi orang madras , mysore dan goa ( India ) mereka akan menggunakan rempaah kari tetapi ia amat pedas, gabungan rempah ratus yang lebih hangat berbanding aromanya.die orang ni suke masak vindaloo…yang pedas-pedas hangat tu la pilihan mereka! Apa pun penggunaan pelbagai rempah ratus dalam masakan baik untuk kesihatan dan perkembangan tubuh badan kite ni.
Keseimbangan bahan dalam membuat rempah kari ni penting.Asas Resepi ini dengan variasi yang mampu memenuhi citarasa anda dalam pelbagai jenis masakan kari.Tak kire lah kari daging , ayam , kambing.Untuk kari ikan @ seafood nanti bie akan kongsikan,InsyaAllah next coming update kat blog ni.
DIY- Resepi Asli Rempah Kari Daging
( 32 sudu besar kari terhasil )
Bahan :
14- 16 batang Cili kering / lada kering
16 sudu besar Biji Ketumbar
8 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Halba
4 sudu kecil Biji sawi
4 sudu kecil Lada hitam
2 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Serbuk Halia
Cara membuat :
1.Pertama sekali , cili kering / lada kering perlu digunting untuk dibuang bijinya.
2.Teknik sangai atau goreng tanpa minyak digunakan- gunakan frying pan atau kuali, panaskan api sederhana , sangai ciili kering , ketumbar , jintan manis , halba , biji sawi dan lada hitam.
3.Panaskan sehingga bahan-bahan rempah mengeluarkan aroma. Goyangkan pan konsisten supaya rempah dapat dipanggang sekata.- sambil menyanyi…”mari kita bergoyang…”-cat farish
4.Apabila rempah siap dipanggang, kemudian sejukkan pada suhu bilik , kemudian rempah tadi digiling atau diblender kering sehingga menjadi serbuk. Kalau nak buat bussines kecil kecilan perlu guna mortar atau coffe grinder.Kemudian masukkan serbuk kunyit dan serbuk halia kacau sebati. Siap… untuk digunakan sebagai rempah kari daging!
Senangkan…ape cebik-cebik bibir tu..ketap-ketap bibir pulak…dah tau senanglah, mase tak tau tu..beli aje lah rempah kari paket kat pasaran tu.Ape pun terpulang pada anda untuk menggunakan atau mempraktikkan resepi chef obie ni.Semoga sedikit perkongsian ilmu ni dapat membantu sesame kite secara langsung atau pun tidak.
Mohon maaf sekirenye ade kata-kata atau penyampaian obie ni menyinggung perasaan atau keadaan sesiape diluar sana, jika ada yang ingin menambah info boleh lah disharing bersama, bie berpandukan pengalaman sepanjang bergelar tukang masak , segala info dan ilmu diperoleh dari sifu-sifu bie ( mak juge memberi peranan penting dalam gaya masakan bie ) juga persekitaran dunia masakan bie selama ini.Ape pun bie sentiase mencari dan menggali ilmu masakan ini… tiada istilah stop!dunia masakan sentiasa bergerak mengikut zaman dan ia sentiasa disesuaikan senang kate up to date..
DIY- Do it Yourself !
Obie can cook so can you!so ..so .. so what? juz make funny-funny… smile always & enjoy yourself !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025
CARA KIRA KIRA COSTING DENGAN MUDAH CHEF OBIE 2025 Assalammulaikum wbt Dan Salam Sejahtera , Pejuang-pejuang F&B semua , pasti bukan ...
-
Assalammualaikum wbt, Hari ni bie nak sharing resepi asas bechamel sauce, apa tu bechamel sauce? bechamel sauce ni lebih mudah kite panggi...
-
Kuih Tradisional India : Resepi Vadai Popular Chef Obie Bahan 240 gm Kacang dhal / ulundhu 1 sudu besar Tepung Beras 1 ...
No comments:
Post a Comment